Cacing Gelang Part 3
July 31, 2017Assalamualaikum wbt
Ini merupakan sambungan untuk post-post yang sebelum ini. Kalau belum baca boleh klik kat sini ye
Okay so the next day pagi-pagi lagi dalam pukul 5:20 am dah ketuk pintu bilik adik-adik suruh dia orang bersiap untuk Solat Subuh kat Masjid UIA. Dah lepas solat subuh tu kami berkumpul semula di depan hostel tempat adik-adik tu tidur sepanjang program ni iaitu Mahallah Maimunah yang berdekatan dengan Masjid UIA jugak. So kat depan tu kami buat bulatan adik perempuan dan adik lelaki lepastu baca al Mathurat.
Dah lepas baca mathurat tu kami pergi padang and main sedikit riadah. Riadah biasa biasa je bukanlah sampai main volleyball pun hahaha. Main riadah just untuk bonding together gether. Oh and riadah kali ni Shukri yang handle dari start sampai habis. Shuk tu kawan sama umur dengan Azie. Kira power lah dia tu huhu
And then lepas tu adik-adik sarapan and after sarapan kami bawa dia orang ke Library untuk aktiviti sepanjang hari itu. Basically sepanjang haritu, kami buat dua modul iaitu LDK 1 dan LDK 2. LDK 1 dan LDK 2 adalah sambungan untuk objektif kami iaitu supaya adik-adik lebih bersemangat untuk belajar. LDK 1 adalah supaya adik-adik SMA Rompin sedar yang mereka ada semua ciri-ciri pelajar cemerlang dan LDK 2 pula supaya mereka sedar yang dalam nak berjaya kena ada matlamat yang jelas dan specific, bukan matlamat yang terlalu general.
Dan lepas tu last sekali kami buat suruh adik-adik buat perancangan lepas dia orang balik dia orang nak buat apa. Kira macam planning of action lah. Apa yang dia orang nak buat supaya dia orang boleh berjaya dalam pelajaran. Azie selitkan sekali sharing moment supaya adik-adik boleh tanya soalan pasal studies. Minta tips study ke. Kalau mengantuk dalam class nak buat macam mana. So kira macam sharing moments la antara adik-adik dengan akak abang faci.
Lepas tu sampailah ke part yang paling tak best iaitu perpisahan dengan adik-adik program. Kami pun tangkap gambar banyak-banyak sebab lepas ni dah tak tahu lah bila pulak nak jumpanya kan. Lepas closing ceremony tu, adik-adik terus balik ke mahallah maimunah untuk kemas barang-barang dia orang sebelum balik. Sedih juga rasanya nak berpisah dengan dia orang sebab dia orang ni hebat sangat-sangat.
Untuk adik-adik kak Azie, Kak Azie doakan agar adik-adik berjaya dalam SPM dan pelajaran di peringkat yang seterusnya. Untuk mengecapi kejayaan tu memang susah, adik-adik perlu melalui pelbagai ujian dan rintangan sebelum berjaya. Contohnya nak dapat straight A's dalam SPM adik-adik kena berkorban masa senggang dengan study dan buat revision. Kena tanya cikgu kalau tak faham. Dan macam-macam lagi. InsyaAllah kalau adik-adik konsisten dalam apa yang adik-adik lakukan. kejayaan itu di tangan adik-adik.
Dan satu lagi yang paling penting, jangan lupa walau macam mana sekuat mana usaha kita, hanya Allah yang memberi kita kejayaan. Hanya Allah yang bagi kita apa yang kita nak. Allah lebih tinggi sedikit kedudukannya dengan usaha kita maka letak lah Allah sebagai tempat bergantung kita yang nombor satu. InsyaAllah jalan yang susah ini akan terasa mudah. Akak doakan semoga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)
0 comments