Kenali 9 Jenis Protein Asid Amino Perlu Yang Tubuh Anda Mahukan

June 17, 2017

Hai assalamualaikum wbt.






Harini Azie nak share dengan anda tentang amino asid perlu yang badan kita perlukan. Sebelum itu, mungkin ada yang tak tau asid amino tu apa kan? Ye lah protein macam dah biasa dengan tapi asid amino tu maybe baru first time dengar.


Takpe. Meh Azie explain ye:) Sebelum itu jom belajar general knowledge pasal protein.


Protein merupakan khasiat terbaik dalam makanan. Protein, bersama-sama dengan Karbohidrat dan Lemak merupakan makronutrient atau nutrient yang bersaiz besar. Protein mampu membuatkan perut rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.


Pengambilannya juga akan membantu menguatkan otot dan menggalakan pembakaran lemak. Jadi pastikan anda sentiasa mengambil protein ya :)






Protein boleh diambil melalui makanan laut, daging, telur putih, yogurt, keju dan kekacang. Badan manusia memerlukan protien untuk pertumbuhan. Ia merupakan perkara asas yang diperlukan oleh sel-sel dan organ dalam badan. Struktur asas badan manusia adalah sel. Sel perlukan protein untuk bina sel. Kiranya macam bahan binaan utama lah. Contoh, kalau nak bina rumah kita perlukan batu bata sebagai bahan utama. So dalam badan manusia sel tu macam batu bata lah :)


Secara generalnya komposisi tubuh badan kita ialah:
66% air
25% protein
8% lemak
1% kombinasi mineral dan vitamin


Badan kita terdiri daripada lebih kurang 75 trillion sel. Sel amat penting  kerana sel akan membina tisu. Tisu akan bina organ dan organ akan bina seluruh sistem badan. Sistem yang bergerak bersama-sama akan mewujudkan seseorang manusia.






Kalau anda nak tahu, semua benda bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya. Contohnya, kalau badan kita nak membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru atau menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan yang baru.


Bila protein masuk dalam badan kita, dia akan jadi asid amino. Okay asid amino ini adalah campuran atau sebatian organik yang bergabung untuk membentuk protein. Asid amino dan protein diperlukan untuk membina sel yang Azie umpamakan seperti batu bata tadi.


Apabila badan kita mencerna atau memecahkan protein, maka asid amino akan terhasil. Macam contoh kalau kita masak nasi, asalnya beras, lepas siap ditanak, nasi yang terhasil. Macam tulah konsep asid amino ni. Haa asid amino jugak boleh digunakan sebagai sumber tenaga oleh badan kita tau.


So terdapat 3 kumpulan asid amino dalam badan kita iaitu:

Asid Amino Perlu / Essesntial
Asid Amino Tidak Penting / Non-Essesntial
Asid Amio Bersyarat / Conditional






Asid Amino bersyarat tu adalah yang badan kita perlukan ketika masa tertentu saja contohnya masa kita jatuh sakit. Asid Amino Tak Penting/Non Essential bermaksud badan kita boleh menghasilkan asid amino tersebut, jadi kita tak perlu ambil daripada makanan. Contoh Asid Amino Tak Penting ialah Alanin, Asparagine, Asid Aspartik, Asid Glutamin.


Asid Amino Perlu/Essential bermakna ia tidak boleh dihasilkan oleh badan. Justeru ia mesti datang daripada makanan. Terdapat sembilan jenis Asid Amino Perlu iaitu: Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Thereonine, Tryptophhan dan Valine. Jadi sebab badan kita tak boleh hasilkan Asid Amino Perlu, maka kita perlu dapatkannya daripada makanan harian :)


KENALI 9 JENIS ASID AMINO PERLU YANG TUBUH ANDA MAHUKAN

1. Histidine





Histidine merupakan asid amino yang sangat penting dalam proses replika sel atau cell replication kalau dalam bahasa inggeris. Cell replication adalah proses asas yang berlaku terhadap sel-sel badan kita. Dalam proses ini, DNA molekul sedia ada akan ditiru untuk menghasilkan dua DNA molekul yang sama.


Jadi Histidine amat diperlukan supaya process replika sel berjalan lancar terutamanya untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, dengan kajian saintis yang terbaru, kajian mendapati bahawa ia juga turut sama penting kepada orang dewasa.






Selain itu, dalam badan kita ada utusan kimia (chemical mesenggers) yang dipanggil neurotransmitter yang bertindak menghantar mesej ke otak dan ke seluruh anggota badan. Jadi Histidine memainkan peranan yang penting agar neurotransmitter ni dapat menjalankan tugas hakikinya. Ia juga menjamin kesihatan otot keseluruhn dan setiap sel-sel otot.


Histidine turut membantu menyahtoksik badan kita dengan menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang diperlukan untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan. Sekiranya Histidine tidak mencukupi, ia boleh membawa kepada masalah seperti arthritis, gangguan fungi seksual dan badan lebih terdedah kepada AIDS.



                           


Sumber tumbuhan yang kaya dengan Histidine ialah beras, gandum, rai, rumpai laut, kacang, kekacang, tembikai, biji rami, biji chia, soba, kentang, kubis bunga dan jagung.



2. Isoleucine





Isoleucine merupakan asid amino perlu yang diperlukan bersama-sama dengan 2 asid amino lain iaitu Leucine dan Valine dan bertindak dalam menggalakkan pemulihan otot selepas senaman. Isoleucine juga membantu pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah di samping mengawal paras gula serta paras tenaga. Malah, Isoleucine turut terlibat dalam pembentukan darah beku dan membantu pertumbuhan nitrogen dalam sel-sel otot terutamanya bagi kanak-kanak.






Sumber Isoleucine yang berasaskan tumbuhan ialah kacang soya, gajus, badam, oat, kacang, beras perang, kubis, biji rami, biji chia, bayam, labu, biji labu, bunga matahari, bijan, cranberry, quinoa, bri biru, epal dan kiwi.



3. Leucine





Leucine merupakan asid amino yang sangat penting untuk merangsang kekuatan otot & pertumbuhan dan juga disebut sebagai branched-chain amino acid. Leucine membantu mengawal gula dalam darah dengan menyederhanakan insulin ke dalam badan semasa dan selepas senaman. Leucine turut bertindak ke atas neurotransmitter dalam otak dan ini membantu mencegah dan merawat kemurungan.


Sumber tumbuhan yang kaya dengan Leucine ialah rumpai laut, labu, kacang, beras, gandum, bijan, selada air, lobak hijau, soya, biji bunga matahari, kacang, avokado, kismis, kurma, epal, beri biru, buah zaitun dan pisang.



4. Lysine






Lysine merupakan asid amino perlu yang dipertanggungjawab untuk pertumbuhan dan pengeluaran cartinine. Cartinine merupakan nutrien yang diperlukan untuk menukar asid lemak kepada cholestrol yang lebih rendah. Lysine turut membantu dalam penyerapan kalsium dan pengeluaran kolagen.


Kekurangan Lysine boleh menyebabkan loya, kemurungan, keletihan, kekurangan otot dan osteoporosis. Sumber tumbuhan yang kaya dengan Lysine ialah selada air, parsli, avokado, protein soya, badam gajus dan kekacang.






5. Methionine





Methionine diperlukan untuk membantu proses metabolisme, pemecahan lemak dan merupakan sumber terbesar sulfur dalam badan. Mehionin turut diperlukan dalam proses menyingkirkan logam berat seperti plumbum dan merkuri.


Mereka yang tidak mengambil makanan yang mengandungi sulfur yang cukup untuk menghasilkan methionen dalam badan berisiko mengalami arthritis, tisu mudah rosak dan sukar sembuh. Di samping itu, methionine terlibat dalam pembentukan otot dan creatine yang diperlukan untuk menjana tenaga sel secara optimum.









Sumber tumbuhan yag kaya dengan Methionine ialah biji bunga matahari, biji rami, biji chia, kacang Brazil, oat, rumpai laut, gandum, buah tin, beras gandum, kacang, kekacang, koko dan kismis.



6. Phenylalanine.





Phenylalanine merupakan sejenis asid amino yang datang dalam 3 bentuk iaitu
a) L-Phenalynaline (satu bentuk semulajadi yng ada dalam protein)
b) D-Phenalynaline (satu bentuk yang dihasilkan oleh makmal)
c) DL Phenalynaline (gabungan kedua-dua bentuk)


Phenylalanine merupakan satu asid amino perlu yang bertukar menjadi tyrosine setelah dihadam. Asid amino yang ini mempunyai kaitan untuk pesakit PKU, membina protein baru dan bahan kimia otak seperti L-dopa, adrenaline, norepinephrine dan hormon tiroid.






Kekurangan asid amino ini boleh menyebabkan otak kurang berfungsi, kekurangan tenaga, kemurungan, selera makan berkurangan dan lemah ingatan. Sumber tumbuhan yang kaya dengan phenylalanine ialah spirulina, rumpai laut, laut lain, kacang, beras, avokado, badam, kacang tanah, quinoa, buah tin, kismis dan gandum.



7. Threonine





Threonine diperlukan untuk memberi sokongan terhadap sistem imun yang sihat, jantung, hati dan pusat kesihatan sistem saraf. Threonine turut menyeimbangkan kandungan protein dalam badan demi pembaikan keseluruhan, tenaga dan pertumbuhan. Ia turut membantu menghasilkan sendi yang sihat dengan menghasilkan glycine dan serine dalam badan.






Glysine dan serine merupakan dua jenis asid amino perlu yang penting untuk menghasilkan tulang yang sihat, kulit, rambut dan kuku. Ia turut membantu penghadaman asid lemak dalam hati seterusnya mengelakkan kegagalan hati untuk berfungsi dengan optimum


Sumber semulajadi tumbuhan yang kaya dengan Threorenine ialah selada air, spirulina, labu, sayur-sayuran berdaun, biji rami, biji chia, badan, kacang soya, biji bunga matahari dan mentega bunga matahari, badam, avokado, buah tin, kismis, quinoa dan gandum.



8. Tryptophan





Tryptophan diperlukan dalam pengeluaran niasin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin penting untuk saraf yang normal dan fungsi otak. Serotonin adalah penting dalam tidur, menstabilkan mood dan emosi, kawalan kesakitan, keradangan, perislasis, usus dan lain-lain.


Sumber semulajadi tryptophan yang berasaskan tumbuhan ialah oat dan oat bran, rumpai laut, biji rami, biji chia, bayam, kacang soya, labu, kentang manis, parsli, kacang, rentak, asparagus, cendawan, semua salad, dedaun sayuran, kacang, alpukat, buah tin, skuasy musim sejuk, saderi, lada, lobak merah, kacang kuda, bawang, epal, oren, pisang, quuinoa, lentil dan kacang.



9. Valine





Satu asid amino perlu yang diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikan dan pertumbuhan tisu dan mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Sumber semulajadi berasaskan tumbuhan ialah kacang, bayam, brokoli, kekacang, bijan, biji rami, biji chia, soya, kacang tanah, biji bijan, buah tin, alpukat, benih, beri biru, cranberrry dan aprikot.


Haa banyak kan jenis asid amino perlu yang sangat penting tapi tubuh badan kita tak mampu hasilkan sendiri. Jadi Azie sangat sangat sangat sarankan anda semua untuk top up nutrisi ni dengan suplements disamping pemakanan harian. Sebab kita manusia normal tak mampu nak make sure semua protein ni ada dalam badan. Lebih-lebih lagi kalau kita jenis ambil daripada sumber daging sahaja dan tak ambil daipada sumber tumbuhan.






ESP Shaklee Thorbaikk
Energising Soy Protein atau ESP Shaklee mengandungi kesemua 9 jenis Asid Amino Perlu Yang Tubuh kita perlukan. Jika anda memilih ESP, InsyaAllah tubuh badan anda akan mendapat kesemua jumlah protein yang lengkap.


Mungkin anda rasa eh takpayahlah selama ni aku makan okay je badan aku sihat je. Ye memang badan anda kelihatan normal tapi sudah pasti akan ada kekurangan dibahagian-bahagian tertentu yang anda tidak perasan contohnya rambut mungkin kering dan bercabang atau kulit wajah semakin kusam dan bermasalah dan lain-lain.






Sekiranya anda menginginkan tubuh badan yang sentiasa sihat dan kekal sihat sehingga ke hari tua nanti, mulakanlah sekarang. Syarikah Shaklee telah membuktikan bahawa kesemua produknya selamat, berkesan dan efektif sesuai dengan motonya: SAFE, PROVEN, EFFECTIVE.


Jom dapatkan ESP anda harini sebab ESP ni produk laku keras dalam kalangan pengguna Shaklee. Dah beberapa kali out of stock di seluruh cawangan Malaysia. Ini menunjukkan betapa ESP Shaklee sedang menjadi fenomena buat masa sekarang ini. Jom contact Azie sekarang :)











Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...