Perkara Basic Ketika Berhari Raya Yang Anda Perlu tahu
June 19, 2017Pejam celik pejam celik, tetamu Ramadhan bakal meninggalkan kita dalam masa beberapa hari. Kemudian akan digantikan dengan sahabatnya Aidilfitri. Kadang-kadang Azie rasa sedih sebab rasa macam belum menggunakan masa Ramadhan ini sepenuhnya untuk beribadah dan mentarbiah diri Azie.
Tapi Azie amat berharap pada diri sendiri supaya walaupun Ramadhan bakal pergi, Azie tetap istiqamah dengan apa yang Azie dah mulakan, apa yang Azie dah cuba praktikkan semasa Ramadhan. Semoga Azie terus kuat untuk melawan hawa nafsu dan terus istiqamah. Azie doakan anda pun begitu juga.
Since Raya dah nak dekat, ramai yang dah buat persiapan kan... contohnya, ada yang dah settle baju raya, ada yang masih busy buat kuih raya, ada yang sakan beli kuih raya. Jap Azie selalu terfikir kenapa orang sebut kuih raya when actually it is a biscuit?
Kuih bukan ke macam kuih seri muka, kuih donat, kuih karipap, kuih puteri ayu, kuih onde-onde dan macam-macam lagi kuih tradisional yang kita ada. Azie rasa kuih is something yang lembut or kenyal-kenyal. Tapi yang kia panggil kuih raya tu adalah biskut sebab dia sama ada rapuh atau crunchy. Just my 2cent opinion hehe.
Okay berbalik kepada cerita pasal raya tadikan, ada beberapa perkara basic yang sebenarnya kita dah tahu cuma perlu diingatkan berkali-kali sebab kita manusia sering terlupa atau sering terpengaruh dengan hawa nafsu. Takpe, slow-slow kita perbaiki diri jomm
1. Aurat Sesama Keluarga
Haa setiap kali nak raya mesti ada orang viralkan kat FB kan? Ada yang tengok, ada yang scroll lelaju hahaha. Azie yang no 2 Okay, pasal aurat ni kan, kalau kita fikir susah memang susah tau nak jaga, tapi kita try lah fikir nak jaga aurat tu mudah, InsyAllah Allah permudahkan.
Azie faham, kadang-kadang tempat yang kita balik kampung tu rumah biasa yang ada ruang kecil, lepastu rumah tu pulak yang dituju oleh semua sedara mara sekaligus, jadi bagi yang perempuan maybe susah sikit nak tutup aurat especially bila tidur beramai-ramai kat ruang tamu.
Tips Azie berdoa lah minta Allah permudahkan. Selalunya bila family tengok kita sangat menjaga aurat, dia orang akan bagi yang perempuan semua tidur dalam bilik khas. Kalau anda ada duit lebih sikit, mungkin boleh sewa homestay berdekatan.
Okay, ni sedikit info tentang dengan siapa wanita wajib berhijab dan tidak boleh bersalam.
Lagi satu masa pakai baju raya tu, pilih lah pakaian yang tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Pilih pakaian yang loggar-longar dan kalau boleh labuh melepasi paras punggung. Kesian dengan kulit kita, dia pun nak bernafas jugak. Jadi pakai longgar sikit ye.
2. Solat
Okay bab solat ni lagi satu perkara. Bagi family yang menekankan solat berjemaah sesama family maybe tiada masalah untuk saling mengingati, tapi bagi yang solat sendiri-sendiri tu, kadang-kadang ada yang bila nak habis waktu baru nak solat.
Kengkadang tu sebab beraya sakan sampai ke habis waktu baru nak balik, lepas tu baru lah terfikir eh aku belum solat lagi. Haa ni nak habaq mai, anda kena fikir jugak tuan rumah tu pun nak solat jugak. Dah kalau dia asyik melayan tetamu daripada pagi, lepas tu ingat pukul 2pm boleh lah solat zuhur tiba-tiba anda datang waktu tu dan lepak sampai pukul 4pm tak ke dia pun terpaksa melambat-lambatkan solat?
Tapi saya tahu pembaca blog saya tidak begitu kann. Kalau ada pun yang macam ni, takpe kita betulkan yang biasa. Dan biasakan yang betul.
3. Jangan Lupa Diri Ketika Makan
Azie pernah suatu ketika dulu, masa raya pertama tu setiap rumah yang Azie pergi Azie akan makan dia punya rendang dan ketupat. Sampai perut senak gila. Tapi walaupun perut dah senak tetapp jugak makan rendang kat rumah orang yang pergi beraya tu. Last-last sakit perut cerry berry malam tu.
Sejak itu, Azie berazam untuk tak layan sangat perasaan nak makan tu masa hari raya pertama. Cukup merasa rendang sikit, ketupat sikit, lemang sikit dah thats it. Next rumah makan kuih raya je, tak payah nak berangan nak makan sepinggan ketupat just because dia punya rendang lain dengan rumah yang first tadi. Anda boleh je makan rendang tu semata-mata.
Ataupun plan siap-siap. Dah tau perangai diri memang tak boleh control setiap kali nampak makanan, so plan betul-betul nak makan banyak mana. Rumah first yang pergi beraya tu makan 1/5 drpd portion perut sahaja. Yang kedua pun sama dan begitu lah seterusnya. Jangan layan sangat nafsu makan tu...
Fikir jugak, kesian kat perut anda, dia dah biasa berehat diwaktu siang selama sebulan tiba-tiba 1st Raya dah kena bekerja keras dan bertungkus lumus menghadap semua makan yang anda sumbat tu... Lagipun bukankah Ramadhan sudah mengajar anda untuk train hawa nafsu?
Selain itu, ambil tahu jugak jumlah kalori bagi setiap hidangan tu. Selain dengan tujuan untuk sihat, Azie taknak lah anda kecewa ye lah sebulan puasa turun 1kg. Raya pertama naik 5kg. Lepastu, fikir-fikirkan jugak tentang penyakit-penyakit berbahaya akibat daripada pengambilan kalori dan gula yang tinggi seperti diabetes, sakit jantung, obesiti dan lain-lain.
Jadi perkara yang terbaik adalah kira jumlah kalori yang anda ambil supaya anda boleh keep tract dan kurangkan mana2 yang perlu dikurangkan.
Sumber gambar-gambar di Bawah: FB UPM
Dalam kita bergembira berhari raya, jangan kita lupakan pada pekara-perkara asas yang Azie dah nyatakan di atas. Solat, aurat dan pemakanan. Ketiga-tiganya memberi impak yang besar dalam hidup kita, jadi mari kita sama-sama perbaiki diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan lebih sihat serta kuat. Semoga anda mendapat manfaat daripada post Azie yang ini. Sekian, terima kasih kerana sudi baca::)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)
0 comments