The Power of Sedekah: Kisah Benar Azie

June 15, 2017

Assalamuaikum wbt. Apa khabar pembaca blog missaziemah.blogspot.com ? Azie doakan semoga anda semua diberikan kesihatan tubuh badan dan diberi kesempatan untuk bertemu dengan Lailauqadar. InsyaAllah aminn :)


Harini Azie nak share dengan anda satu kisah benar yang betul-betul berlaku pada Azie. Kisah ni hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Azie tak ceritakan dekat sesiapa pun even mak, abah atau roomates Azie. Anda semua merupakan orang terawal yang tahu kisah ini.


Azie namakan kisah ini The Power of Sedekah. Kenapa tajuk dia macam tu? Jom check it out. Tapi sebelum tu nak mention siap-siap, Azie tak ada niat pun nak riak atau menunjuk-nunjuk, cuma Azie rasa patut share supaya anda pun mendapat manfaat,


Dahulu, Azie percaya bahawa sedekah itu sangat power. Dengan sedekah Allah akan gantikannya 10x ganda. Tapi kepercayaan Azie tu adalah sekadar kepercayaan yang biasa-biasa je. Macam kita tahu sesuatu tapi tak berapa faham dan tak berapa menjiwai.


Sebabnya, kepercayaan Azie tentang sedekah adalah melalui cerita orang lain yang bercerita bahawa sedekah mampu meluaskan rezeki mereka berganda-ganda. Tetapi perkara tu tak berlaku pada Azie pun. Pernah Azie sedekah sejumlah wang yang banyak, tapi Azie tak dapat semula rezeki 10x ganda seperti yang digembar gemburkan tu.


Allah, berdosanya Azie fikir macam tu. Sedekah sebab nak balasan saja. Azie tak nafikan sebagai manusia yang banyak. kelemahan, Azie selalu berbuat amal soleh dan mengharapkan ganjaran Allah.


Btw, berbalik pada cerita Azie tentang sedekah, selepas beberapa kali cuba sedekah dalam jumlah yang banyak dan mengharapkan balasan, Azie putus asa. Azie still percaya yang sedekah tu sangat power, cuma its not gonna happen to me, maybe. So yeah takpe lah. Life must be goes on kan...


Di suatu tengah hari yang hening, masa tu study week. Azie keluar makan dengan Dalila dan Alia naik kereta Kak Ket. Balik tu masa dalam kereta singgah kejap kedai cake sebab si Dalila mengidam dan makan cake. So kat depan kedai cake tu ada pak cik jual cendol dalam cup.


Azie pun beli cendol satu sebab sambil tunggu Dalila beli cake tu macam terliur pulak tengok cendol tu. Masatu Dalila dah settle beli cake, pastu Azie tiba-tiba rasa nak tanya Dalila dan Alia nak cendol tak? Pastu kalau tak silap Dalila cakap kalau kau nak belanja, aku nak dalam keadaan bergurau.


"Boleh. Orderlah jugak"


Dalila pun terkejut tiba-tiba Azie nak belanja. Dia pun apa lagi terus order satu. Yang si Alia pun pulak, dia memang dah order awal2. So masa siap ketiga-tiga cendol kami, Azie bayarkan untuk dia orang berdua dan cakap kat Alia takpe, Azie belanja. So dia orang pun makan cendol dia org dengan happy nya.


Fast forward ke beberapa hari kemudian, Azie lalu bilik Dalila. Masa tu roomates dia Ana tengah sidai baju ke (tak ingat sangat). Masa ni Azie tak berapa rapat dengan Ana, kenal gitu2 je sebab classmate kan.

Tiba-tiba Ana kata, "Azie, Ana nak tanya sesuatu. Tapi Azie jangan terkejut lah"

"Apa Ana?" cuak pulak Azie tiba-tiba.

"Kasut Azie koyak ye?"

"Haah Koyak sikit kat bahagian tapak. Mana Ana tahu?"

"Ana ternampak haritu. Ana ada kasut nak bagi kat Azie. Ana dah tak pakai tapi cantik lagi"

Masa tu Azie tak tau nak rasa apa. Semua perasaan ada. Rasa terkejut, terharu happy. Tapi Azie cakap kat Ana,

"Eh takpelah. Tu kan kasut Ana. Takpe takpe"

"Takpe Azie ambillah. Ana memang pakai jarang sangat kasut tu. Saiz Azie berapa?"

"Erm kaki Azie kecik"

"Try ni"

Kata Ana lalu ambil kasut dia dekat rak kasut. Cantik sangat kasutnya. Jenama Everlast. Azie pun try. Try try memang muat-muat je dengan kaki Azie.


"Azie ambillah kasut ni" kata Ana lagi.


Saat itu, Azie rasa terharu sangat sampai rasa nak menangis. Tapi tulah malu lah menangis depan orang lain Haha. Berkali-kali Azie cakap terima kasih, Ana terima kasih Ana. Rasa terharu sangat sebab dapat hadiah kasut, sesuatu yang Azie memang sangat memerlukan waktu itu. Ye lah nak beli kasut baru masa tu ada tight budget sebab dah hujung-hujung sem kan.


Syukur Alhamdulillah. Azie rasa bersyukur sangat pada Allah. Sebab Azie tahu, Ana merupakan perantara Allah nak bagi kasut ni pada Azie. Walaupun Azie tak minta, tapi Dia tahu bahawa Azie sangat-sangat memerlukan kasut pada waktu itu. Dan dengan sekelip mata saja Dia turunkan rezekiNya pada Azie.


Lepas dapat kasut tu Azie baru teringat pasal Azie belanja Dalila dan Alia cendol tempoh hari. Kalau ikutkan cendol kedua-dua mereka berharga RM6.00 total. Azie hanya keluarkan Rm6 saja tapi Allah balas balik dengan sesuatu yang 10x ganda nilainya. Allah bagi Azie kasut yang harganya sekitar RM60 ke atas kalau Azie beli kat luar.


Subhanallah. Memang Allah itu Ar Rahman Yang Maha Pemurah.


Dan memang sedekah itu meluaskan rezeki kita. Cuma kadang-kadang kita je tak sedar sebab kita mengharapkan balasan rezeki dalam bentuk wang ringgit tetapi kita lupa rezeki Allah tu luas. Dia boleh balas dalam bentuk rezeki diberi bdan yang sihat, kemudahan menerima ilmu pengetahuan, diselamatkan daripada bencana atau mendapat CGPA yang bagus untuk exam.


Sesungguhnya rezeki itu bukan wang ringgit semata-mata.


The Power of Sedekah. Memang sangat-sangat power. Sebab sedekah merupakan transaksi yang kita lakukan dengan Allah. Of course lah ganjaran dia berganda-ganda lagi power daripada transaksi dengan manusia kan. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada hambaMu ini. Alhamdulillah.






Buat pembaca diluar sana, jom kita perbanyakkan sedekah. Walaupun sekadar RM1. Takpe, sedekahlah. Sebab kita nak buat transaksi dengan Allah, pemilik alam semester ni. Kalau kita lihat benda ni dengan mata hati, kita bukannya perlu sedekah sebab kita ada banyak duit, tapi sebab kita nak convert sedekah itu menjadi senjata pahala lepas kita meninggal dunia nanti, betul tak?


Semoga anda mendapat manfaat daripada post Azie ni. Kalau rasa berguna,boleh share kat FB ye :)





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...