Tips Semasa Taaruf Week UIA Kuantan Part 1

June 12, 2017

Hai assalamualaikum wbt. Apa khabar anda semua hari ini? Azie doakan supaya anda semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.


Hari ni Azie nak share cerita tentang UIA Kuantan. Sebab masa Azie baru-baru nak masuk UIA Kuantan dulu, tak banyak pun blogger yang share pasal UIA Kuantan nih. Ramai yang share tentang UIA Gombak saja. So Azie rasa sudah sampai masanya Azie tulis tentang UIA Kuantan untuk menjadi rujukan para pelajar yang akan masuk ke sini.


So, lets begin this journey with the Taaruf Week of UIA Kuantan!






Azie rasa korang yang daripada CFS PJ mesti dah tahu dah kan taaruf week tu apa. Tapi takpe Azie explain jugak makna taaruf week tu, mana tahu ada yang direct intake ke kan :)


Maksud Taaruf Week
Taaruf maksudnya Berkenalan. Week tu minggu lah. Gabungan perkataan arab dan english ni bermaksud Minggu Suai kenal atau minggu orientasi lah gituu. Nama pendek dia Tawe. Masa Tawe lah korang akan berkenal-kenalan dengan UIA, dengan kuliyyah korang dan dengan lecturer (sikit-sikit)


Keseluruhan program Tawe akan diuruskan oleh komiti Tawe iaitu bakal senior korang lah, antara 2nd year sampai 4th year. Ada jugak 5th year kadang-kadang. Jangan risau, minggu orientasi di UIA tidak sama dengan U lain. Korang takkan belajar main tepuk cika buka lah apa lah. InsyaAllah kes-kes buli atau ragging tak ada dekat UIA :)


So apa yang kita orang akan buat masa Tawe ni kak? (eh eh tiba-tiba kakak pula. Rasa tua pulak)

So apa yang kita orang akan buat masa Tawe ni sis? (okay cun!)


Registration / Pendaftaran
Tawe ni bermula dengan pendaftaran korang di UIA Kuantan. Jadi masa hari first tu korang akan pergi kat mahallah masing-masing yang dah ditetapkan. Boleh rujuk offer letter tulis mahallah apa. Mahallah lelaki paling senang sebab ada satu je iaitu Mahallah Khalid al Walid (KAW)


Mahallah perempuan ada dua, satu Mahallah Umi Kalthum (MUK) untuk Medical dan Dental students. Manakalah Mahallah Fatimah Zahrah (FZ) adalah untuk students selain students Medic dan students dentistry.


Tips 1: Download semua attachments yang UIA bagi bersama offer letter dan fahamkan. Sebab dalam tu ada peta UIA sekali. Kalau tak faham, boleh guna google map. Jarak antara pintu gate ke mahallah dalam 5 km jugak tapi takpe nanti ada abang polis tolong.






Kemudian, dah sampai mahallah yang dituju, boleh parking kereta dan tak perlu keluarkan barang-barang lagi. Rilex dulu.... Students boleh bawa documents yang diperlukan dan pen pergi kafe untuk mendaftar atau check in lah bahasa mudahnya.


Tips 2: Pastikan anda dah bayar registration fees (RM400 kalau tak silap) before hari pendaftaran di kaunter bank muamalat. Sebab resit tu kena bagi masa registration nih.


Basically, dia orang dah inform ni siap-siap kan masa dapat surat tawaran tu. So prepare je apa-apa yang patut siap-siap. Gambar ke surat beranak ke. Salinan IC ke, prepare je walaupun sebenarnya dia tak mintak pun semua tu kadang-kadang.


Good news: Dia takkan mintak sijil MUET masa registration day. Eh kenapa good news pulak? Sebab Azie pun belum buat MUET hahaha....


Ooo masa kat kafe tu tengok no bilik korang berapa supaya senang masa proses daftar nanti. Kadang-kadang dia orang dah viralkan info pasal no bilik before hari pendaftaran tapi kesian dekat siapa yang tak dapat viral whatsapp tu. Takpe jangan risau, on that day ada tampal dekat dinding.


Lepastu kita akan melalui proses pendaftaran drpd sesi isi borang, bagi resit registration fees, ambil kunci sampailah last ambil taaruf kit (ada baju Tawe!). Dah settle tu baru lah boleh naik bilik, baru boleh ambil barang-barang yang banyak dalam kereta tu :)


Tips 3: Datang awal semasa hari pendaftaran.


Azie sampai UIA dalam pukul 8:30am macam tu pun dah ramai manusia. Apa kata korang try datang lagi awal. Sebab proses nak bawa barang-barang naik bilik tu agak lambat bila terlampau ramai orang dan terlampau banyak barang. Ye lah lift ada dua je di setiap blok. Kalau sorang barang dah satu lift, bila pulak korang nak settle everything kan?


Lepas dah naik bilik tu, hurray! Dah settle pendaftaran. Basially, roomates korang dan jiran tetangga korang adalah korang punya classmates atau coursemate. Maka beramah mesra lah dengan sebaiknya ya. Muka-muka itu lah yang korang nak hadap selama 4 tahun (atau 5 tahun bagi students Medic dan Dentistry). Kalau mula-mula tak mesra takpe. Baru first day kan. InsyaAllah korang ada banyak masa lagi untuk berkenalan dan spend time with each other.


Tips 4: Jangan fikir nak lepak dengan keluarga kat luar sebab petang tu dah ada agenda lain di OCD!


Sudah tiba masanya berpisah dengan parents. Yang tak pernah berjauhan dengan parents sebab rumah pun di PJ/KL (macam Azie), Jangan risau. InsyaAllah korang akan okay je di sini:)





kredit gambar: http://mytreasuredmoment.blogspot.my/2012/09/4-6-sept-iium-kuantan-campus-taaruf-week.html


Baru hari pendaftaran tapi dah panjang macam ni entrinya. Kita sambung kat entry next lah ye. Kalau ada nak tanya apa-apa, boleh comment, Tapi kalau Azie lambat reply boleh je terus whatsapp Azie (nombor ada kat bawah ni yee). Semoga post ini bermanfaat :)



       







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...