Apa Terjadi Kalau Update Done Terawih di Facebook?

June 09, 2017

Harini dah masuk 14 Ramadhan. Dah separuh Ramadhan berlalu. Kalau kita bukak Facebook atau Instagram atau insta stories mesti masih ada yang update macam ni


#DoneTerawih
#DoneMengaji
#DoneTadarus
#DoneDhuha


Ada yang memandang perkara ini pelik dan berasa takkan benda ni pun nak update kat media sosial? Mesti nak menunjuk-nunjuk. Nak cakap dekat orang lain yang dia baik. Nak tunjuk kat orang betapa alim dan solehnya dia.


Tapi kenapa kita tidak boleh pandang situasi ini macam ini:


Contoh satu: Apabila si A update #DoneTerawih di FB, Kemudian si B terbaca dan teringat eh aku tak terawih lagi lalu terus mengerjakan solat sunah terawih. Bukankah Si A dan B kedua-duanya mendapat pahala?


Contoh kedua: Apabila si Ali update tentang dirinya yang tidak pernah meninggalkan Dhuha dan post itu diakhiri dengan ayat 'Jom Dhuha'. Kemudian si Abu pun baca lepas tu tergerak hati nak buat Solat Dhuha walaupun seumur hidup dia tak pernah buat Dhuha. Bukankah si Ali turut mendapat pahala atas Dhuha yang dikerjakan oleh Abu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala si Abu?


Contoh ketiga: Apabila hari tersebut ialah hari gaji dan Alia update di FB bahawasanya dia dah asingkan wang siap-siap untuk zakat dan infak ke atas fakir miskin. Lalu post itu dibaca oleh Siti yang kemudian tergerak hati untuk bersedekah juga. Lalu diberikan sedikit duitnya untuk belanja jirannya berbuka puasa.

Bukankah Alia mendapat pahala dua kali ganda kerana berbuat kebaikan dan indirectly mengajak kebaikan. Siti pun mendapat pahala kerana bersedekah dan jirannya yang mungkin waktu tu tengah takde duit nak bukak puasa sebab belum gaji lagi merasa gembira dengan pertolongan Siti itu?


Saya hanya nampak kebaikan sahaja dalam ketiga-tiga situasi di atas.


Manusia. Kadang kala usah terlalu cepat membuat penilaian tersediri. Soal riak takbur ujub ni kan antara orang yang post status/update status tu dengan tuhan. Mungkin niat dia memang nak mengajak kebaikan. Kita tak tahu. Jadi marilah kita memandang positif akan benda ini. Tak susah pun nak pandang positif atau nak husnudzon. Kita akan lebih happy dalam hidup tau. Percayalah :)






Jom baca perkongsian bawah yang Azie jumpa di FB. Kredit Master Nana



Pernah satu ketika ni, saya agak terleka buat kerja sampai terlupa nak dhuha.. And masa tu tak berapa rajin pun ada.. Astghfirullahalazim..

Bukak FB, nampak status sahabat FB bercerita yang beliau baru sudah solat Dhuha 4 rakaat... Terus saya tinggalkan kerja, ambil wuduk dan juga solat Dhuha 4 rakaat..

Sebab tu saya tak pernah judge mereka mereka yang update ibadat mereka di FB..
Done terawih ke..
Done mengaji ke..
Done berdhuha ke..
Done berdoa ke..

Malahan saya berterima kasih kepada sahabat sahabat FB yang sentiasa mengingatkan saya untuk beribadah tanpa mereka sedar..InshaAllah, ada ganjaran pahala juga buat mereka.. Amin

Sebab tu jangan pernah takut mengajak ke arah kebaikan.. Kita tak tahu mungkin dengan satu baris ayat yang kita tulis, berjaya mengajak 100 orang melakukan ibadah pada hari itu..

Tu baru 1 hari.. Kalau hari hari kita ajak orang buat kebaikan.. Kali 100.. SubhanAllah.. Free free je penuh tabung pahala kita kan :') Orang nak judge ka.. Nak perli ka.. Nak suruh ibadah diam diam ka.. Nak suruh jangan update satg jatuh riak ka.. Biaq pi kat depa naahhh.. Jangan lah terasa hati sampai takmau update mengajak melakukan ibadah dah..

Maafkan mereka.. Sedangkan rupa manusia pun tiada yang 100% serupa.. Inikan pula tahap keimanan kita.. Pastilah berbeza beza.. Maafkan mereka.. Dan teruskan dakwah anda walaupun dengan sepotong ayat.. Niat kita, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.. Hatta malaikat pun tak mampu baca lintasan hati manusia..

Jom terus berpesan pesan ke arah kebaikan..

Dunia ni tak lama mana.. Kalau semua dok pakat kejar dunia, siapa nak ingatkan kita untuk kejar akhirat kan?

Biar seiring..
Dunia pun penting..
Akhirat laaagi penting






Jika anda rasa post saya bermanfaat, boleh click button share dekat FB ya. Semoga lebih ramai orang mendapat manfaat daripada post saya ini :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

2 comments

  1. Thanks sharing this post.
    Rasanya tak salah nak update, selagi kita ikhlas nak ingat mengingati kan
    Pokok pangkalnya jgn update kerana nak org puji , tapi update kerana nak sama sama ingatkan yg lain, allah yg maha mengetahui.
    Kalau org fikir kita riak, biar kan saja, asal niat kita betul.
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. pokok pangkal nya hati. kita bukan nak menunjuk pun. kdg kdg boleh jd sumber inspirasi orang lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...