Ku Tinggalkan Cinta di Kundasang Sabah Part 1

August 01, 2017

Assalamualaikum wbt




Baru-baru ni pada 7 July 2017 Azie dan seramai 32 orang students UIA yang lain pergi ke Kundasang, Sabah untuk Program Budi Kembara Bakti 2017. Program ni memang setiap tahun MRC akan buat dan tahun ini, MRC buat dekat Kampung Dumpiring Atas, Kundasang. 

Program kembara bakti ni dianjurkan oleh Biro Community Service MRC Mahallah Fatimah Zahra dan MRC Ummi Kalthum serta ber collaborate dengan Biro Dakwah dan Tarbiah MRC FZ. Kemudian ditambah 5 orang students lelaki dari KAW sebab memang setiap program memerlukan orang lelaki untuk angkat barang.

Macam mana Azie boleh terjoin program bawah MRC? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Ye lah sebab selalunya Azie akan join program bawah Faciteam kan. Haaa macm ni ceritanya, Azie ni dalam whatsapp ada macam-macam jenis group, group Wawasan lah Volunteer lah, group Bazokar CarBook sale lah walaupun bukan ahli official dia orang dan jarang gila join aktiviti dia orang ni.

Jadi, pada suatu hari yang hening Azie tengah berjalan-jalan sambil tengok whatsapp phone, tiba-tiba ada iklan komiti diperlukan untuk program ke Semporna (masa tu nak pergi Semporna). Azie tak ingat lah daripada group whatsapp yang mana kan. Azie ni jenis yang nampak apa-apa terus daftar. So Azie nampak iklan tu terus PM orang yang iklan kan benda tu. Lepas tu masa meeting tu dia orang tukar dari Semporna ke Kundasang.

Maka sampailah Azie ke Kundasang Sabah ni. Satu kawasan Sabah yang Azie memang dah aim lama. Sebab pemandangan macam dekat New Zealand ke Switzerland entah haha..

So on the first day, Jumaat 7 July 2017 kami banyak dalam kenderaan je haha. Bertolak dari UIA Kuantan dalam pukul 11am dan sampai ke KLIA pukul 3 lebih. Kat KLIA settle kan urusan yang berkaitan dengan check in, baggage drop, solat jamak qasar dan juga makan!




















Flight kita orang ada dua group. Group A dalam sepatutnya pukul 7:35pm macam tu dan group Azie iaiatu group B pukul 8:35pm. Tapi flight untuk Group A delay sampailah ke waktu yang sama macam kita orang. 

So kira kami masing-masing bertolak dalam lebih kurang 8:35pm++ cam tulah. Sampai ke Kota Kinabalu International Airport dalam lebih kurang pukul 11:00pm. Kemudian ambil bag masing-masing dan tunggu group lagi satu pulak sampai KKIA.

Satu tips bila melancong ke Sabah, nanti masa kat KKIA, kat kaunter ketibaan tu dia akan bagi macam satu resit kecil. Resit ni sebenarnya kira passport korang semasa di Sabah. 

Walaupun saiz die kecik je macam saiz ticket wayang @ ticket bas tu tapi sila simpan ye anak2 sebab nanti masa nak balik semenanjung kena bagi semula dekat Kaunter yang sama haha.

Kalau hilang, habislah tak boleh balik semenanjung.




While waiting for our flight :)









Paparazi in action. Kali ni Azie pegang jawatan PubPro so memang camera sentiasa dengan Azie la




Lepas group lagi satu sampai kami bertolak ke Kundasang dalam pukul 1am jugak dan ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kundasang. So pagi Sabtu tu kami sampai Kundasang pukul 3am. 





Muka masing-masing at 1 am in the morning




Sampai pukul 3am tu kira okay lagi lah tapi yang beza nya, keluar-keluar je dari bas, kami disapa dengan angin Kundasang yang sejuk dia macam aircond. Sejuk bangattt sampai menggigil-gigil kami. Menyesal pulek tak pakai baju sejuk siap-siap.

Penduduk kampung yang menunggu ketibaan kita orang pun siap pakai baju sejuk yang bukan biasa-biasa je tapi baju sejuk yang macam coat kalau nak pergi luar negara yang sejuk tu hahaha. 

Maka kami pun menunggu barang-barang disettle kan dalam keadaan menggigil. Yang brother 5 orang tu lah yang kena kerah tenaga pindahkan bag bagasi dan kotak-kotak barang ke dalam kereta penduduk kampung.

Sambil-sambil tunggu bagasi, ketua Kampung tu cerita sikit-sikit pasal Kampung Dumpiring Atas di Kundasang ni. Katanya di kampung itu Alhamdulillah 100% Muslim. Dan mereka memang aktif dan sangat-sangat menantikan ketibaan anak-anak UIA. 

Walaupun ni first time anak-anak UIA datang ke Kampung Dumpiring Atas, tapi before this dah pernah USM datang ke sana. So mereka memang sangat-sangat menerima kedatangan orang luar ke kampung tersebut.

Kemudian, penduduk kampung bawak kami ke homestay yang kami dah book sebelum datang ke sana lagi. Homestay dalam Kampung Dumpiring Atas jugak. 



Our Homestay


So malam tu sampai homestay dalam pukul 3:30am tidur dan bangun 5:30am sebab kat sana azan Subuh dalam pukul 4:45am. Pukul 6am tu dah kira Subuh gajah dah haha. Pagi tu Azie the first one yang bangun dalam bilik Azie tu, Azie tengok jam pukul 5:40 camtu. 

Lupa pulak kalau pukul 6am tu dah Subuh gajah, so I decided untuk mandi dulu sebab the previous night dah penat gila dan tak mandi pun. Pastu Azie being noobs tak bukak heater pergi mandi guna air paip biasa je, Ya Allah menggigil gigil sebab air kat situ sejuk gila sampai ke tulang! 

Lepas tu keluar bilik air tengok tingkap dah cerah. Oh maiii terus kejut yang lain-lain dan Solat Subuh terus. Kemudian bersiap-siap untuk breakfast kat bawah pulak.

Azie orang first yang bukak pintu homestay untuk bilik Azie. And bukak-bukak je mata kami dijamu dengan pemandangan cantik gila Subhanallah! Terus tangkap gambar guna fon. Ohh yang gambar kabur-kabur sikit ni dari fon Azie ye. Yang jelas dan clear tu yang di capture guna camera dslr.
















The 5 Musketeers yang join rombongan kami.


Lepas Subuh kami bersarapan dan menikmati keindahan pemandangan di depan mata kami. Bersarapan sambil menghirup udara selepas subuh dan memandang Gunung Kinabalu yang sedabak depan mata kami. Sejuk dan nyaman je rasa hati apabila mata memandang kehijauan bukit di depan kami. Rasa macam nak menetap kat sini terus!





Mihun made by one of the villagers himself











Dah puas menjamah pemandangan bukit bukau yang hijau, kami bersiap seda untuk Opening Ceremony. Sebelum opening ceremony tu kami ada senam robik yang diketuai oleh Mangga Manis. Mangga Manis ni nama Kumpulan Senam Robik yang memang aktif dalam kampung tu. 

Semua ahli-ahli dia para ibu dekat dalam kampung tu termasuklah mak angkat Azie sekali. Oh dan bila Azie tanya mak angkat Azie, Mangga Manis ni memang sangat aktif sejak dua tiga tahun kebelakangan ni.











Photographer pun nak try tarian Sabah sebab dia orang include kan tarian ni dalam senam robik



While waiting for the Opening Ceremony. Can you spot the camerawoman with her camera going around like a paparazzi?



Opening Ceremony:







Upacara Penyerahan Anak Angkat:






Mak angkat Azie. Comel tak kami berdua :)


Oh ya on that same day, penduduk kampung buat sambutan Raya Sekampung. Kiranya dia orang akan berkumpul dekat satu rumah ni yang bersebelah dengan balai raya tempat kami buat opening ceremony dan masak beramai-ramai kat situ. 

Sebelah rumah tu pun macam ada tempat yang sangat-sangat luas untuk letak meja makan dan tempat hidang lauk. Dah macam majlis kahwin dah haritu cuma bezanya tak ada pengantin je haritu.









Banyak gila makanan yang penduduk kampung sediakan untuk jamuan raya sekampung tu and semua ofkos lah lauk pauk negeri Sabah kan. Azie sempat berborak dengan sorang mak cik ni, saja je lah nak ice break dengan dia (ececeh ice break kononn). 

Azie tanya makanan kat Sabah ni macam mana jenis dia makcik. Makan pedas ke tak pedas ke gulai ke apa. Makcik tu kata sama je macam makanan kat Semenanjung cuma beza dari segi repah ratus dia lebih banyak dari yang orang semenanjung guna, kata Mak cik tu lah.

Tapi bila Azie tengok dan rasa sendiri memang betullah. Tengok rupa memang macam makanan orang semenanjung. Ada sambal belacan, ada nasi impit, ada ayam masak kicap, ada terung masak sambal. kari dan macam-macam lagi. Cuma cara masakan dia orang berbeza lah. Gambar-gambar makanan Azie akan payung on next post la. Rasa macam part 1 ni pun dah panjang gila kan. Okay tunggu next entry yaww


Bersambung...





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...