Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee

July 03, 2017





Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee / The Shaklee Landmark Studies.

Di Shaklee, kami menyokong gaya hidup sihat termasuk pemilihan makanan sihat, cara pengambilan suplemen yang betul dan senaman secara teratur lebih daripada 100 tahun. Kini, kami berbangga kerana telah menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee, sebuah kajian unggul, pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang dalam populasi pengguna yang unik.


Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee merupakan kajian yang dijalankan secara bebas oleh Univeristi Berkeley di California, terhadap corak pengambilan, status kesihatan, status pemakanan nutrisi dan tahap kesihatan pengguna yang menggunakan pelbagai jenissuplemen untuk jangka masa panjang. Kajian data-silang (cross-sectional study) ini telah diterbitkan di dalam jurnal Nutrisi, sebuah jurnal saintifik penilaian sejawat secara atas talian pada 24 Oktober 2007. (http://www.nutritionj.com/content/6/1/30)






Sebuah kajian telah dijalankan untuk membuktikan kebaikannya...

Bagaimana ia bermula?

Roger Barnett membeli Shaklee pada 2004, beliau sering mendengar para pengguna suplemen Shaklee mengatakan tentang fenomena produk Shaklee yang dikatakan amat bagus dan amat baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, tiada bukti ke atas pernyataan tersebut atau ianya hanyalah khabar angin semata-mata. Oleh kerana itu, beliau mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang suplemen Shaklee dengan pengguna yang lain.




Bagaimana Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee ini dijalankan?

1. Ia dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr Gladys Block, Ph. D dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.




2. Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan-pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis suplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES)

3. Kajian pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) mempunyai data yang terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna yang tidak mengambil suplemen dengan para pengguna yang mengambil sejenis suplemen . Roger Barnett mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang dibandingkan:

a) Pengguna yang tidak mengambil suplemen
b) Pengguna yang mengambil satu jenis suplemen sahaja
c) Pengguna pelbagai suplemen Shaklee dalam jangka masa panjang

4. Maklumat berkenaan diet dan pengambilan suplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripda 20 tahun yang mengambil pelbagai suplemen Shaklee dalam jangka masa panjang.

5. UC Berkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut, dan keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada Shaklee.

6. Apabila kajian ini selesai, UC Berkeley telah menghubungi penerbit Shaklee dan mahukan ianya disemak oleh penilai sejawat - piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepaan data yang dihasilkan.

Diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi pada 2007, ini adalah kajian bebas oleh Universiti California, Berkeley terhadap corak pengambilan nutrisi, tahap kesihatan, status pemakanan suplemen para pengguna dalam jangka masa panjang.




dan hasilnya amat mengagumkan!

Kami mendapati pengguna pelbagai jenis suplemen dalam jangka masa yang panjang mempunyai:

1. Tahap Nutrien Darah yang Lebih Baik.
Tahap nurien arah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan suplemen. Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis suplemen.

2. Penanda aras Utama Kesihatan Jantung yang lebih baik
Para pengguna pelbagai suplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolestrol HDL dan bacaan yang rendah. Peningkatan dalam pengambilan suplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein C-reaktif (CRP) yang lebih rendah - penanda bagi keradangan tahap rendah.

3. Tahap Vitamin D dan Zat Besi yang Selamat
Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis suplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemui tahap vitamin D dan za besi yang sihat dan selamat - nutrien di mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

4. Risiko menghidapi penyakit lebih rendah
Secara amnya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai suplemen berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang suplemen. Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai suplemen mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis dan lebih ramai berasa kesihatan mereka adalah "lebih baik atau hebat".

Tiada seorang pun peserta daripada 278 pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee daripada kajian yang mempunyai peningkatan tahap CRP (>3.0mg/L) yang dikenalpasti sebagai "berisiko tinggi" oleh Pertubuhan Jantung




Para pengguna pelbagai jenis suplemen yang mengikuti Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee telah menunjukkan:

Lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung, kanser, kencing manis.
-39% lebih rendah risiko peningkatan darah tinggi
-73% lebih rendah risiko kencing manis
-59% lebih rendah tahap protein C-Reaktif

Lebih rendah risiko serangan penyakit jantung.
-11% lebih rendah nisbah kolestrol
33% lebih rendah tahap trigliserida

Lebih rendah penyakit berkaitan jantung dan otak
36% lebih rendah tahap homosistein






Gaya hidup dan pemakanan boleh mencipta kelainan sebenar...

Hasil Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee membantu dalam membuktikan apa yang Shaklee promosikan selama ini. Gaya hidup sihat Shaklee untuk jangka masa panjang adalah lebih daripada suplemen. Ia merangkumi pilihan makanan harian yang sihat, juga senaman secara teratur untuk mencapai kesihatan dan kecergasan yang optimum. Mulakan langkah anda hari ini untuk kesihatan secara menyeluruh.

1. Makan secara sihat

Berikan badan anda nutrisi seimbang yang diperlukan dengan mengambil pelbagai jenis nutrien daripada makanan setiap hari.

Pelan pemakanan yang sihat
-Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu tanpa-lemak atau rendah-lemak
-Sertakan daging, ayam, ikan, soya telur dan kekacang.
-Elakkan makanan tinggi lemak, lemak trans, koletsrol, garam (sodium) dan gula tambahan.


2. Senaman dan kekalkan berat badan ideal

Jadikan aktiviti fizikal yang teratur sevagai kunci komponen utama program pengurusan keseluruhan kesihatan secara menyeluruh untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh di samping mengurangkan risiko penyakit kronik

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum:
-Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10000 langkah atau lebih setiap hari.
-Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.


3. Pengambilan suplemen sebijaknya

Amalkan pemilihan makanan yang teratur sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk menyokong gaya hidup sihat.

Saranan pengambilan:

-Pengambilan multivitamin/mineral yang seimbang dan komprehensif dengan sekurang-kurangnya 500mg kalsium dan vitamin D.

-Pengambilan nutrien antioksida seperti vitamin C dan E, Beta karotena yang dapat membantu melindungi sel daripada penuaan.

-Vitamin B termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat.

-Asid lemak Omega-3, EPA dan DHA untuk mengurangkan risiko penyakit cardiovascular dan juga membantu meningkatkan tindakbalas metabolik dan keradangan.

-Probiotik untuk menyokong kesihatan penghadaman dan sistem imun





FULL REPORT






























Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...