Cacing Gelang Part 2

July 29, 2017

Assalamualaikum wbt




Seperti biasa aktiviti yang pertama mestilah nak ice break dengan adik-adik dulu. Nak kenal nama dan diri masing-masing pastu nak break the awkwardness dengan adik-adik dengan main games. Ohh before that nak kongsi cara menarik abang Baem pecahkan adik-adik kepada 5 groups.

Mula-mula dia suruh adik-adik sebut nombor daripada 1-5 pastu ulang semula 1-5 sampai adik yang last. Lepastu adik-adik tuliskan atas kertas nombor dia orang dan kemudiannya masukkan kertas tu dalam satu belon yang diberi setiap sorang. Lepas dah masukkan dia orang kena tiup belon tu sampai besar tapak tangan macam tu dan ikat lepas tu campak belon kat tengah-tengah.

Kemudian ada acara pengenalan faci kejap sebelum adik-adik diarahkan untuk ambil mana-mana belon di hadapan tak kisah mana-mana. Lepastu pecahkan belon dan tengok masing-masing nombor berapa. So nombor tu lah yang menentukan group dia orang masing-masing.

Jadi lepas dah dapat group tu, Azie pun dapatlah adik-adik kumpulan seramai 4 perempuan 5 lelaki. Kali ni Azie partner dengan Faiz kawan Shukri. Kos Medic jugaklah. Jadi malam tu proceed dengan Ice Breaking,

Menurut pemerhatian Azie malam tu, adik-adik ni senang je nak ice brak dengan dia orang. Dia orang punya semangat tu pun dah sangat high level jadi bila ajak main games "Tiup Angin Tiup", dia orang have commit lah jugak. Tak malu-malu. Cuma ada lah sorang dua adik perempuan yang malu-malu kucing.

Nak share sikit tentang adik-adik group Azie ni, sebenarnya tak suruh pun fikir nama group tapi Azie saja je suruh dia orang pilih satu nama. Lepastu dia orang nak nama Nematodes. Nematodes ni adalah genus kepada jenis-janis cacing yang memberi penyakit kepada manusia. Adik-adik Azie suka pula dengan nama tu hahah. Walaupun maksud dia sekadar cacing gelang, tapi Azie okay je asalkan dia orang happy dan semua setuju dengan nama tu. Lagipun ni bukan kem kepimpinan nak jadi strict sangat pun.

Sorang adik Azie tu nama dia Ijan tapi Azie asyik tersasul panggil Ijam. Dia nak jadi cef atau tukang masak bila dah besar nanti so lepas keluar SMA Rompin nanti dia nak ambil bidang kulinari. Azie tengok dia cara dia cakap tu memang jenis yang yakin nak jadi cef, bukannya macam tak sure. Bukan macam rasa nak jadi cef. Tak.. memang dia yakin nak jadi cef. Haaa kagum kejap dengan adik yang dah tau dia nak buat apa dengan masa depan dia bukan just go with the flow.

Ada sorang tu nama dia Afiq, dia suka makan sushi. Ada adik ni nama dia Faiz jugak macam partner Azie. Dia nak jadi saintis katanya. Kalau tak silap abang dia doktor pakar bedah ke so dia terinspirasi ke arah sains. Ada sorang lagi adik lelaki ni nama dia Idham dia malu-malu kucing je mula-mula tapi bila Azi suruh pilih sorang ketua, dia volunteer je jadi ketua. Wow impressive jugak dengan adik-adik ni. Ye lah most of the time yang macam tak banyak cakap, yang duduk pun sopan santun ni tak nak menonjol sangat tapi adik-adik SMA Rompin ni lain gila. Macam don't judge a book by its cover.

Yang adik-adik perempuan malam tu pun okay jugak. Ada Ain, Syazana, Anis dan Sat. So far semua okay lah. Masa main tu pun dia orang bersemangat je. And lastly, Azie dan Faiz mindset kan adik-adik ni yang dia orang datang kem ni bukan saja-saja. Dia orang membawa harapan ibu bapa untuk berjaya dalam SPM dan pelajaran dia orang dengan cemerlang. Selari dengan objektif yang kami dah bincangkan iaitu adik-adik akan lebih bersemangat untuk study di akhir program kem motivasi ini.

Okay itu sahaja setakat aktiviti pada malam itu. Ye lah adik-adik tu sampai uia pun petang tu dalam pukul 5pm kan. Terus lah malam tu ice break dan games ringan-ringan supaya dia orang tak penat sangat tapi still dapat sesuatu yang berfaedah sebagai permulaan esoknya yang lebih banyak aktiviti dari kami.







Bersambung...




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...