Of Laughter and Birthday Cakes

May 31, 2017

Kalau haritu Azie ada cerita macam mana Wani, Nazira dan Hazmira buat surprise kat Azie kan masa malam birthday Azie.



"Happy Sweet 21 Azie"


Pada yang belum baca boleh klik: Birthdayy Azie



So sekarang nak cerita pasal Birthday Nazira dan Hazmira. Sebenarnya semua ni bermula masa birthday Naz sebab birthday dia 13 February. So birthday dia datang dulu daripada kita orang. Kira macam Kak Long kawasan la Naz ni.


Azie tak ingat siapa yang start buat whatsapp group surprise birthday Naz ni, sama ada Wani atau Mira. Tiba-tiba je Azie di add ke dalam satu group whatsapp pelik ni di mana hanya ada Wani dan Mira. So dah faham la yang tu untuk plan birthday Naz.


Kami plan everything dalam whatsapp group tu and minta tolong Kak Ket untuk hantar ke kedai Cake Town yang dekat dengan Mydin tu. So malam tu Wani la yang start tipu dulu konon-konon nak pergi beli laptop dengan kawan dia. Azie pun masuk la dalam drama ni konon-konon nak pergi Maybank, so nak tumpang Wani.


Lepas tu kami pun keluar beli kek. Masa balik tu, simpan kek kat dalam compartment Azie. Bila nak dekat pukul 12 tu, Naz dalam compartment dia. So Wani tutup lampu depan dan compartment wani, konon2 nak tidur dah lah. Lepas tu, Azie dan Mira masuk dalam bilik Wani, sorok tepi dinding. Wani pun mulakan drama konon-konon kejang kaki atas katil.


Wani: Aarghhh Nazzz!


Naz punya la terkejut dia datang tergesa-gesa kat compartment Wani lepastu ternampak kita orang, terus kita orang jerit SURPRISE!!!! Terperanjat Naz, lalu tersipu-sipu malu di balik langsir nan biru melihat betapa manis (sweet) nya kami. Ecewahh


Tak ada gambar kejadian sebab of course la tak pakai tudung kan. Yang ada hanya gambar lepas tu.











Si Mira punya birthday pulak lain sikit sebab tak buat pada malam sebelumnya macam birthday Azie dan Naz. Hal ini demikian kerana (ayat skema karangan) masa malam 7 April tu (tarikh sehari sebelum birthday Mira), Mira busy buat persiapan Family Day blok 5 kat bilik Zareen. So we all decide untuk tak buat surprise malam tu lagipun kita orang pun tak sempat nak beli kek since masing-masing busy dengan tugas masing-masing.


Wani jadi ahli preptech (Preparation and Technical) Night of Thousand Stars: Bulan Terbelah di Langit Amerika. Azie pulak ada usrah KFC pastu nak tengok movie Bulan Terbelah jugak.


So that night we didn't buy any cake for her but we still make something special for Hazmira. If you follow my instagram, you can watch a video I posted around one and a half month ago where Wani, Naz and me sing a Happy Birthday song for Mira sebab masa tu dia kat bilik Zareen. Sweet tak kami haha...


Long story cut short, esoknya kebetulan Azie keluar dengan TRC Faciteam: Kak Kay, Kak Caki dan Alia so singgah kejap dekat Cakes Town untuk beli cake Mira. Balik tu dah dekat pukul 8pm ++ jugak la. So Azie masuk senyap-senyap dalam bilik. Masa ni Mira tak sedar Azie dah ada kat bilik sebab kan Azie dah keluar daripada petang lagi time tu.


Mira tengah buat kerja apa tah kat meja dia, so kami bertiga sambil bawa kek terus serbu masuk compartment dia nyanyi lagu Happy Birthday. Terkejut Mira sebab ye lah dah pukul 8pm, birthday dah nak habis baru ada kek memang dia terkejut gila lah. Lepastu apa lagi, sesi fotografi untuk di post ke insta stories masing-masing.



Ni la compartment Mira. Cantik kan meja dia, kemas jee




Kek ni pun nampak mewah, cantik dan sweet. Kita orang tulis kat atas kek tu:

"Happy 21 Bday Hazmira. Tak sweet pun xpe"



Untuk Wani pulak, tak ada lagi ceritanya sebab birthday dia bulan September nanti. Tunggu semester baru bukak ye Wani. XD







To Syazwani, Hazmira and Nazira. 

I may not always say or show this but I want you guys to know that I am really thankful for having you guys as my roommates. You guys never make me feel left out although we seldom went out or went outing together. Although I was always not in the room (before semester break) since I went to school programs with Faciteam members a lot, but we are still close to each other especially in hard times and circumstances. In fact, you guys even willing to accept me as your roomates for next semesters. Most of the time I would be the one who love to sit quietly in my room doing my own things or even sleep the whole day (which make things awkward for me, sometimes) but you guys are amazing. You guys always have something to talk about to me and sometimes you guys even 'visited' me in my compartment and asked me what am I doing, am I okay or not or sometimes we just talk about random things in life, gossiping, laughing and teasing each other. I valued our friendship so much. May we become closer to each other at heart until jannah.


Geli. Okay. Dah. Bye.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...