Long Lost Soul Sisters

May 28, 2017

Post ini ditulis untuk future Aziemah baca. 'Kau/You' adalah Aziemah in 10 years time dan 'Aku/me/I' adalah Aziemah disaat post ini ditulis.


Aziemah,

How do you do? Dah capai ke semua benda yang kau pernah tulis kat wishlists suatu ketika dulu? Berapa negara dah travel? Dah ada berapa rumah untuk investment? Dah bawak mak dan abah pergi umrah belum? And most importantly, apa khabar your iman?


Semoga iman kau lebih better daripada iman aku sekarang, bukan sebaliknya. Semoga kau lebih banyak buat kebaikan daripada aku sekarang, memandangkan you have ample time, money (perhaps) and chances. Sebaliknya, aku..... well aku tak maksudkan yang aku takde peluang nak buat lebih banyak kebaikan rambang saat ini, its just that I wanna emphasize that you should do things way better than me. Be kind and generous to others all the times.


Cakap pasal be kind and generous, do you still remember that when you're in your first year of degree, you get to know many kind and generous people. Tapi yang paling obvious adalah lepas kau join Faciteam la. Ramai sangat akak dan abang yang sangat baik and tak ubah seperti Malaikat yang Allah utuskan untuk mempermudahkan hidup kau dekat Kuantan yang sangat berbeza dari cfs. I hope you still remember them. So this posts is kind of an attrribution for them la okay






Ini Kak Ket. Nama sebenar dia bukan Katerina atau Khadijah atau apa2 yang bermula dengan huruf K. Instead nama dia Amirah Kamarul Ariffin (terror tak ingat nama penuh haha). Dia cakap nama dia jadi Ket sebab dulu masa sekolah dia sangat bising sampai orang panggil dia Market (pasar). Lawak ke apa classmate panggil kita pasar. Lepas tu daripada Market terus disingkatkan jadi Ket.







Kak Ket baik sangat! Selalu manjakan kau dan Dalila  (especially) because you two are very mengada-ngada. Because you both know kalau nak pergi makan kat mana-mana ajak Kak Ket. For sure dia akan on je (kalau dia tak busy la). Tapi sebenarnya most of the time Kak Ket yang ajak kau makan kat luar contohnya pergi Asama Kafe, Pedas Bibir, Bapok (tak tahu lah kenapa nama kedai makan dia Bapok) dan lain-lain.


Lepastu kalau kau nak pergi beli kek untuk birthday roomates kau mesti kau mesej kak Ket free tak??? Kita nak minta tolong hantar pergi kedai cake.... (eee manjanya eee geli) Macam tu lah lebih kurang. Oh and kau dan Dalila pernah sleepover kat bilik Kak Ket because you two were stress over Nutrition and Health punya final exam and need new surrounding to study (kukuh sangat alasan). Malam tu kak Ket and Kak Zirwa ada meeting MTC di bilik Kak Ket lepas tu dia tertidur kat situ hahaha. Maka 4 orang gadis tidur dalam satu compartment kecil. Muat okay. Dont judge a room by its size!



Okay move on to your next favourite kakak!





Namanya Zirwatu Hanani yang bermaksud Puncak Kasih Sayang. Sama macam nama dia, Kak Zirwa atau kau panggil Kak Wa sangattt baik. Yang ni kau selalu pinjam kereta dia kalau kau nak keluar dengan roomates. Dia bermula dengan satu pagi kau ada final exam apa tah kat exam hall pukul 9am and tiba-tiba kat luar hujan lebat lepastu kau malas nak redah hujan. Terus kau whatsapp kakak kau yang ni untuk pinjam kereta.


And satu hari class kau buat family day dekat Pantai Sepat for the whole dietetic students lepas tu hanya satu bas yang di approve oleh unit transport. Whattt? And korang baru dapat tahu on the night before that event. Mana nak cari transport last minute? Kalau nak buat 2 trip pun, makan masa almost sejam gak lah untuk satu trip sobs sobs


So kau terus tanya Kak Wa untuk pinjam kereta. And kak zirwa sangat baik dan percaya kat kau dia bagi pinjam free free camtu jee. Bukan sekejap, tapi drpd pukul 7am sampai lah 2pm. Fuuhh lama kan. Banyak lagi kebaikan Kak Wa macam ambil dan hantar kau pergi TSK, bawa keluar jalan2 and lain-lain lagi lah.










Next on the list issssssss





Kak Kayy!

Nama penuh dia Fatin Nur Khaleeda tapi everyone panggil dia Kay. Kak Kay is so kind she even treat you dinner at Sara Thai once. Masa tu kau rasa bersyukur sangat sebab masa tu sebenarnya kau tengah sengkek. Mula-mula sebenarnya kau nak pergi makan kat Asama pastu asama tutup, pergi pedas bibir pun tutup. Last choice pergi Sara Thai sebab tempat makan tu macam confirm tak tutup tapi agak mahal lah. Kau pun sebenarnya nak gak try Pulut Mangga dan Tom Yam yang digembar gemburkan kesedapannya oleh Dalila sejak first sem lagi. So kau pun order tu.

Tup tup masa nak bayarr, Kak Kay kata takpe dah settle. Saat itu terus kau rasa macam Ya Allah kenapa baik sangat kalian inih???











Yang ini pulak kak Am atau nama penuhnya Nor Amirah Abdul Halim.




Masa kau first year, Kak Am adalah satu-satunya akak yang satu blok dengan kau sebab kau kongsi flat (Ya Allah nak type blok sebenarnya! Adakah saya home sick?) dengan budak Pharmacy. Kak Am sangat-sangat pemurah, masa FST dia contribute sedikit duit untuk top up catering. Lepastu kau pernah kirim kat dia mihun sup masa dia pergi pasar malam pastu masa ambil tu dia kata tak payah bayar. Serious masa tu kau punya terharu sampai rasa nak nangis sambil makan mihun sup tu (lol sebenarnya kepedasan juga menyumbang kepada rasa itu). And you even whatsapp her at 1am just to ask her whether she has food because you need to study but you were so hungry.






Next is princess Kak Mimi. Why princess? sebab dia lebih tua sikit berbanding akak-akak kat atas tu. Kak Mimi is 4th year masa post ini ditulis while the others yang atas tu 3rd year.





Her full name is Shamimi Azharuddin (I hope I spell it correctly). Kak Mimi selalu gelarkan diri as Kak Mimi Cantik. Well she is beautiful actually, inside and outside. She spoke very softly and girly but when she laugh, its not soft anymore hahaha (if you ever read this, hai kak mimi!) Kak Mimi often give you inspiration through her speech, kind words, the way she handle things, the way she talk and express herself and many more. You, Kak Mimi, Alia and Zu adalah group Dolphin (unofficial) sebab you guys pergi swimming sama-sama. Hahaha group ni kak Mimi la yang nama kan.







Recently masa RaRing kak Mimi pesan, jangan lupa bawa Allah dan Rasulullah dalam perjuangan. Jangan tinggalkan talaqi, majlis ilmu dan majlis nabi. Sebab Talaqi adalah penyuluh yang kita tak dapat dalam FaciTeam.

"Faciteam adalah arena yang mana kita belajar banyak benda kat luar lepas tu curahkan semua dan praktikkan semua dalam Faciteam."

Kau ingat tak Kak Mimi sentuh pasal the value of family dalam Faciteam. And kak Mimi pesan supaya jaga that value, supaya protect that value. Value ni kau hanya dapat dalam Faciteam je. The value of family. Yang kalau kau ditanya one word that describe Faciteam pun kau obviously akan jawab the word 'Family'.






Kau terfikir tak kenapa aku post pasal kakak-kakak aku lain mak lain ayah ni dekat sini? Sebab aku yakin for sure one fine day bila aku dah di tempat kau, kau akan sangat-sangat rindukan kenangan-kenangan terindah di universiti. So kau akan baca balik benda ni untuk ingat semula everything and everyone yang pernah hadir dalam hidup kau. You will realize how big the impact these people left on your life and even your inner self. So from now on, don't stop be kind and generous to the people around you, aziemah.




For my long lost soul sisters (in future perhaps), may us cross each other's path again.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...