Tips Semasa Taaruf Week UIA Kuantan Part 2

June 12, 2017

Hai Assalamualaikum :)


Pejam celik pejam celik dah 18 hari kita berpuasa kan... Cepat sangat masa berlalu, tinggal 12 hari je lagi nak sambut Aildilfitri. Sedih, sebab tak tahu sempat sampai ke tidak dengan Ramadhan akan datang :'(


Baiklah, post ini adalah sambungan daripada post sebelum ini. Kalau belum baca, boleh klik sini ye: Babak pertamaaa







Okay sambung dengan agenda lepas pendaftaran. Masa Tawe 16/17 batch Azie, Petang tu dalam pukul 2 kami akan naik bas untuk pergi ke OCD. Kat OCD nanti ada opening rasanya kalau tak silap (sebab dah tak ingat). So nanti sampai malam korang akan berada di sana ye.


Oh ye, Tawe masa degree ambil masa 3 hari saja, bukan seminggu macam CFS. So for the next three days korang akan dengan ceramah atau talk yang ada briefing tentang UIA Kuantan. Antaranya briefing yuran students dan international students, facilities yang ada di UIA, rules and regulation, briefing daripada unit security dan macam-macm lagi.


Kiranya akan ada satu masa tu korang just duduk dan dengar briefing ber jam-jam haha. Briefing perkara yang penting tapi sure bosan sebab lama gila. Haha


Tips 1: Boleh lah bawak biskut ke makanan ringan-ringan ke bagi menghilangkan bosan dan mengantuk dan bagi yang cepat lapar.


Tips 2: Masa Tawe, the whole day korang akan berada di luar mahallah. So bawa kain telekung siap-siap untuk sisters yang boleh solat. Yang tak boleh pun bawak apa-apa yang patut siap-siap sebab korang akan berada seharian di luar bilik


Macam ikut pengalaman Azie dulu, pukul 10 rasanya baru bertolak ke mahallah untuk tidur lepas tu pukul 4-5 am macam tu kena gerak ke masjid untuk qiamulail pula. Serious memenatkan tapi bila fikir-fikir balik sekarang ni kan, kalau kami peserta pun penat tak cuku rehat, macam mana dengan komiti ye? Sure tidur berapa jam je.... Tabah sungguh mereka. Maka peserta tabahkan hati dan cuba bagi full komitmen okay?


Untuk setiap slot yang komiti prepare, ada kehadiran yang akan diambil oleh komiti. Ada lah caranya, bukan sekadar sign aja. Kalau macam tu memang senang lah, suruh je kawan sign kan haaaa


And then masa nanti akan ada masa korang dipecahkan ikut kuliyah sebab on the last night tu akan ada persembahan from each kuliyyah. Tapi yag bestnya, sister tak boleh buat persembahan. Brother je. So selamat laaa hahaha. Sister boleh menyumbang dengan cara bagi idea, buat props dan buat suara latar.


Tips 3: Jangan risau. Makanan disediakan sepanjang Tawe. Ni yang paling best. Dah lah free je, sedap-sedap pulak tuuu :)


Apa lagi nak share ye? Macam dah tulis everything pulak. Takpe lah sampai sini saja ye. Macam biasa, kalau ada soalan boleh comment kat bawah. Kalau tak sabar, boleh whatsapp no di bawah. Semoga bermanfaat :)





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

2 comments

  1. nak tnye something,utk ex-cfs, ade x kena sit utk ape2 test mcm tilawah test ke?

    ReplyDelete
  2. Memang kena pakai kain putih ke sepanjang tawe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...