Cacing Gelang Part 1

July 29, 2017

Assalamualaikum wbt.


Okay so Azie tengah bercuti untuk 3 bulan ni daripada Jun sampai September tapi decide tak nak kerja tanpa sebab. Maka Azie ada agak banyak masa terluang di rumah jadi bila Faciteam keluarkan iklan untuk mencari faci for our next program, terus tanpa fikir panjang Azie bagi nama kepada Kak Am.


So here I am. Di bumi Kuantan.

Nak ceritanya, program kali ni melibatkan adik-adik tingkatan 4 dan tingkatan 5 SMA Rompin. Rompin tu sempadan lah antara Pahang dan Johor. Program ni jemputan ex cikgu Abang Baem @ Lutfi jadi kiranya Abang Baem ni alumni sekolah ni. Oh abg Baem adalah head faci kali ni dan dibantu oleh Kak Am.

Seriously, mula-mula fikir adik ni mesti susah nak open. Mesti yang perempuan malu-malu kucing yang lelaki cepat bosan mengantuk tak nak involve dengan apa yang faci nak sampaikan. But surprisingly, adik-adik ni sangat happening dan terbuka dengan kita orang. Ya Allah nak describe nya betapa bersemangat dengan adik-adik ni, masa first sekali tu, kami belum berkenalan dengan adik-adik pun.

So masa tu abang Baem bawak adik-adik ni pusing satu UIA sambil-sambil tu kalau jumpa mana-mana akak faci dipertengahan jalan kena dapatkan as much info/biodata faci as possible. Kiranya macam explorace tapi ni exporFaci. Bila adik-adik tu nampak Azie terussss 40-40 orang tu berlari dari jauh ke arah Azie macam semut api yang ramai lalu berkerumun keliling sambil jerit

"Kak! Kak! Nama akak apa?"

"Kak Nama Kak!"

"Kak Nama!"

"Nama! Nama!"

Ya Allah serious rasa macam artis yang ken serbu dengan peminat tapi instead of minta autograf ni dia orang mintak nama. .. Hahaha terkejut gak lah mula-mula .

"Okay cuba teka nama akak apa?" sebab macam senang sangat lah nak bagi terus nama Azie kan.

"Ala kak..." dia orang macam kecewa sikit.

"Haa ni AZIEMAH!" jerit sorang adik kat depan Azie sambil tunjuk matrik card yang Azie pakai (semua faci kena pakai matric card).

Aduh! Apasal lah aku tak tutup matrik card ni! Getus Azie dalam hati....

"Okay lah! Nama akak Aziemah. A. Z.I.E.M.A.H." Azie eja satu persatu.

Bersambung.....







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...