Niat Solat Jamak dan Qasar Yang Betul

July 22, 2017

Assalamualaikum wbt

Semalam sedang Azie scroll scroll FB terjumpa pula dengan satu post yang telah di share oleh NsN Islamic Quranic & Home Tuition . Jadi Azie rasa Azie perlu post dekat sini supaya boleh jadi panduan anda bila nak melancong atau bila dalam keadan musafir nanti kan. Sebab kadang-kadang Azie macam confuse bila nak solat jamak dan qasar ni, takut niat dia salah. Jadi, lepas ni boleh rujuk kat sini je ye :)




Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Okay, Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama

Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.




Lafaz Niat

Jamak Taqdim: Zuhur dan Asar

Zuhur 2 Rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Asar kerana Allah Ta'ala
Asar 2 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Asar 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Zuhur kerana Allah Ta'ala




Jamak Taqdim: Maghrib and Isyak

Magrhrib 3 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Maghrib 3 rakaat dijamakkan dengan Isyak kerana Allah Ta'ala
Isyak 2 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Maghrib kerana Allah Ta'ala




Jamak Takhir: Zuhur dan Asar

Asar 2 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Asar 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Zuhur kerana Allah Ta'ala
Zuhur 2 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Asar kerana Allah Ta'ala



Jamak Takhir: Isyak dan Maghrib

Isyak 2 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan dengan Mahrib kerana Allah Ta'ala
Maghrib 3 rakaat: Sahaja aku solat Fardhu Maghrib 3 rakaat dijamakkan dengan Isyak kerana Allah Ta'ala


Semoga bermanfaat! Boleh click icon share on FB kat bawah ni untuk share ye :)





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...