Target Terkini: Nak Ambil Lesen dan Beli Kancil

June 06, 2017



Tapi mula-mula haruslah cari kerja dulu kan.


Azie tengah dilema sebenarnya sekarang nak kerja kat mana. Nak kerja apa dan nak kerja macam mana sebab ye lah tak ada transport. Semua benda daripada pergi kerja sampai balik kerja kena berpandukan pengangkutan awam.

Dan kebanyakan kerja mesti balik pukul 9pm atau 10pm. Kalau lah rumah ni sebelah shopping mall. Sure tak ada masalah sangat sebab pergi kerja balik kerja sebelah tu je. Tapi area rumah ni banyak kilang, and kilang banyak pekerja asing. Tu yang takut sikit kalau nak kerja kat kilang area rumah.


Bestnya kalau at least pandai bawak motor. Boleh kerja kat area KL.


Lepas tu dilema lagi sebab cuti 3 bulan saja tapi target nak ambil lesen dan nak beli kereta dalam masa 3 bulan ni jugak. Nak kena kumpul banyak jugak duit. Lesen sahaja paling murah RM1200 dan kereta yang di target ialah kancil (paling boleh capai setakat ini).

Cik Ida kata Kancil 4 ribu - 5 ribu dah boleh dapat. So katakanlah target RM4000 total nak kumpul dalam RM5200 dalam masa 3 bulan.


Persoalannya. mampu ke Azie kumpul duit banyak ni dengan bekerja selama 3 bulan ni?


Entahlah, rasa macam mustahil. Orang kata nothing is impossible to a willing heart. Kena percaya kebolehan diri sendiri. Tapi still Azie kurang yakin dengan diri sendiri huhu...


Kadang-kadang rasa macam nak buat bisnes Shaklee je selama 3bulan ni sebab dah tengok ramai sangat orang berjaya. Tapi satu masalah adalah, disiplin Azie. Azie ni susah nak disiplin orangnya. Nak buat bisnes dan nak berjaya bukan senang tapi tak mustahil.


Masalah sekarang adalah bukan bisnes tu api diri Azie sendiri. Azie yang susah nak ubah diri sendiri. Azie yang susah nak disiplin kan diri sendiri. Azie buat bisnes sambil lewa je. Dan sikap kurang yakin pada diri sendiri juga menambah masalah ni. Huhuhu


So macam mana ye sekarang??? Tapi yang pasti Azie akan kumpul duit jugak untuk buat lesen dan beli kereta dalam masa 3 bulan ni. Yup. Pasti.



Doakan Azie.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...