20 Study Tips Agar Ingatan Lebih Power

June 20, 2017

Assalamualaikum wbt.




Azie terjumpa satu post yang di share di Facebook yang bertajuk 20 Study Hacks To Improve Your Memory dan Azie rasa perlu untuk Azie share kepada anda semua pembaca blog ni supaya kita semua mendapat manfaat.

Okay post ini di share oleh satu Facebook Page GineersNow . GineersNow adalah satu Facebook Page yang memaparkan cerita-cerita tentang kerjaya engineering dan tips-tips untuk pelajar engineer. Ada jugak gambar beserta caption kelakar tentang pelajar Engineering.

So without further a due, jom tengok 20 Study Tips Agar Ingatan Anda Semakin Power







1. Berjalan Sebelum Exam

Kajian telah membuktikan bahawa exercise boleh meningkatkan daya upaya ingatan dan otak. Kajian yang dijalankan oleh Dr Chuck Hilman daripada University Illinois memberi bukti yang menyokong bahawa 20 minit senaman sebelum hari peperiksaan boleh meningkatkan prestasi.

Okay yang ni Azie selalu buat, dalam 40-30 minit sebelum exam Azie akan gerak ke dewan peperiksaan dengan berjalan kaki instead of naik bas. Tapi before this reason, Azie adalah sebab malas nak turun awal, so memang Azie akan berjalan ke exam Hall. Serious! tips ini sangat membantu actually, even untuk hari-hari biasa sebelum lecture atau sebelum start class.





2. Sebut Kuat-Kuat

Walaupun anda akan kelihatan seperti orang gila, lakukan saja. Anda akan terkejut dengan berapa banyak yang anda boleh ingat bila sebut fakta-fakta tersebut dengan kuat. Amaran: Jangan lakukan dalam perpustakaan yang ada ramai orang

Tips yang ni Azie selalu buat masa practise presentation. Selalunya before presentation, Azie akan buat the whole script sebab nak bajet masa dan tak nak exceed masa yang ditetapkan. Plus Azie bukannya reti nak cakap spontan, nak contruct the correct English sentences kat depan manusia-manusia tuh pun dah ambil masa yang banyak.

Jadi, before terlebih masa yang ditetapkan baiklah daku buat scrip siap-siap beforehand. Lepastu Azie akan sebut dengan gaya-gaya sekali kiranya macam rehearse everything yang Azie nak cakap, voice projection macam mana dan gaya yang macam mana. Sebenarnya, yang Azie present selama ni dengan confidence tu (amboi) sebab before that Azie dah rehearse lebih daripada 10 kali dengan suara yang kuat.




3. Reward Diri Sendiri

Terdapat banyak cara untuk mencipta sistem reward untuk memotivate diri anda sendiri. Kalau Azie suka reward diri dengan tidur. Haha tak bagus sebenarnya sebab kita tend tu tidur lebih lama daripada yang kita expect nak tidur. Contohnya target nak tidur sejam je tapi dah tertidur 3 jam hmmmm Menyesal betul tidur.





4. Ajar Orang Lain Benda Yang Anda Telah Pelajari

Cara paling terbaik untuk test diri sama ada anda betul-betul memahami sesuatu adalah dengan cuba untuk mengajar perkara itu kepada orang lain. Kalau tidak ada sesiapa yang nak dengar penerangan, apa kata try ajar sekumpulan haiwan. Kucing pun okay hahaha

Actually tips ini sangat betul tau sebab Azie pernahlah dulu masa SPM ajar orang lain apa yang Azie dah belajar and surprisingly ilmu tu melekat dalam kepala masa exam. Masa nak jawab tu mencurah-curah idea keluar.




5. Hubung atau Kaitkan Fakta-Fakta Yang Telah Dipelajari

Kebolehan  untuk membuat connection bukan sahaja memudahkan kita mengingati fakta-fakta teapi ia juga penuh dengan kreativiti dan kebijaksanaan. Steve Job yang famous tu pernah berkata

"Kreativiti adalah sekadar mengaitkan benda antara satu sama lain. Apabila anda bertanya kepada mereka yang kreatif bagaimana mereka melakukannya, mereka akan berasa serba salah kerana mereka bukannya buat sesuatu yang berbeza, mereka cuma ternampak sesuatu"

Peta minda adalah cara yang senang untuk mengaitkan idea-idea antara satu sama lain dengan membina gambar keseluruhan secara visual.

Okay yang ni benda yang agak susah untuk Azie sebab Azie tak biasa buat, so Azie memang blur bab making connection between fatcs ni. Takpelah nak improve untuk next time :)





6. Lukis Gambar Rajah

Melukis gambar rajah membantu otak kita menggambarkan fakta-fakta yang agak sukar untuk diterangkan. Ini akan menjana memori visual dalam otak yang memudahkan anda untuk mengingat semula fakta semasa hari peperiksaan. Anda mungkin juga akan diminta untuk melukis gambar rajah hati manusia semasa exam so start practice sekarang.

Yang ni pun Azie agak fail juga sebab daku tidak berapa pandai bab-bab melukis ni huhu. Okay kena improve yang ni juga Aziemah!




7. Times New Roman adalah jenis tulisan yang paling laju untuk dibaca. Senang cerita, ada sebab kenapa Times New Roman menjadi tulisan default dalam semua aplikasi.

OMG ye ke? Azie pun baru tau!





8. Guna Apps untuk halang diri dari apps yang distracting

Aplikasi SelfControl boleh membantu anda untuk elakkan distrction dengan menyekat websites untuk jangka masa yang ditetapkan.

Okay yang ni nanti Azie nak try sebab memang Facebook, Instagram tu sangat distracting especially bila kita tak boleh control diri sendiri. Tu yang Azie detect sebab seingat Azie la dulu masa SPM, Azie boleh cover all 10 subjects tau untuk study. Azie ada banyak masa untuk buat revision dan practice past year question. Tapi bila masuk asasi yang ada dua subjects saja, alahaii jarang sangat buat revision. Selalu tak sempat.

Then I discover something, dulu masa sekolah Azie takde smartphone. So no media sosial. Kalau nak bukak FB pun kena bukak laptop. And also my procrastinating habit is getting worse. That are the reasons.





9. Tonton dokumentari yang berkaitan dengan topik yang dibaca

Dokumentari adalah satu cara yang menyeronokan untuk memampatkan keseluruhan cerita dalam tempoh masa yang singkat. Ini akan membantu anda mengingati detail penting daripada cerita dan anda juga boleh mendapat markah ektra bila anda cerita tentang usaha anda menonton filem berkaitan dengan topik tersebut. Hmmm step ini sesuai kalau nak buat presentation.

Tapi kalau tengah belajar anatomy tu Azie suka cari video dekat youtube yang bagi lagi senang faham. Subjects macam Anatomy and Biohemistry senang sebab banyak video macam ni disediakan online and ada yang secara free jugak. Pi cari kat youtube.





10. Guna enjin carian Google like a professional

Jimatkan masa anda bila mencari sumber secara online dengan menguasai enjin carian terbesar di dunia: Google

Boleh jugak search journal-journal yang berkaitan yang boleh diakses secara percuma di google untuk menambahkan kefahaman anda :)




11. Buat Flash Cards

Uji kefahaman anda tentang konsep-konsep penting, definasi, kata-kata quotes dan formula secara sepintas lalu dengan flashcards. Flashcard sangat bagus tapi tak tau lah kenapa Azie tak praktikkan. Instead I always have plenty-pages-notes.





12. Berehat sebentar daripada study

Apabila otak sedang bekerja, anda perlu kerap berehat sebentar agar membantu otak untuk menyerap lebih banyak informasi dan jugak agar anda sentiasa bermotivasi dan fokus ketika belajar. Berehat sebenar selepas memerah otak selama 40-45 minit kerana otak anda akan kurang efisien selepas tempoh waktu ini. Apa-apa yang dipelajari selepas 1 jam 20 minit tidak akan diserap.

Tapi kalau Azie bukan break sekejap-sekejap, tidur tiga jam terus. Isyy tak bagus jangan ikut. Pergi berehat tu maksudnya pi jalan-jalan sekejap ke, tengok luar tingkap pulak ke, tapi janganlah dok usha brothers pulak ye sisters sekalian.




13. Dengar muzik yang betul.

Ketahuilah bahawa muzik yang tepat dapat membawa kepada produktiviti belajar yang lebih tinggi dengan menaikkan mood anda. Sudahkah anda mempunya playist anda sendiri?

Azie ada create satu playslist di youtube yang dinamakan Playslist Study. So masa study bukaklah playlist sudy ni. Tapi trust me, sebenarnya lagu playlist Azie adalah lagu yang tak berapa sesuai sangat pun macam lagu hit terkini kat radio tuh hahaha




14. Ubat tempat study anda

Kita mungkin mempunyai tempat duduk kegemaran di library tetapi informasi lebih mudah dikekalkan apabila kita berubah-ubah tempat belajar.

Azie dan Dalila pernah sleepover kat bilik akak Faciteam, Kak Ket sebab nak ubah mood dan suasana study hahaha kukuh sangat alasan. Tapi try lah korang. Best jugak. 





15. Berlatih, Berlatih dan Berlatih

Berlatih menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas boleh melatih otak untuk mengingati fakta-fakta. Kata mentor Azie Perfect Practice Make Perfect. Sebab kalau kita praktice benda yang salah setiap hari hasilnya tetap salahkan makanya sil praktis cara dan kaedah yang betul.





16. Jangan Berjaga Sepanjang Malam Sebelum Exam

Pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada malam sebelum hari peperiksaan. Apabila anda tidur, otak anda akan mengasimilasi atau memproses infomasi yang anda telah pelajari semasa mengulangkaji pelajaran jadi mendapatkan tidur yang cukup akan membantu anda mengingati semua formula matematik yang anda perlukan.

Okay yang ni pun Azie kena improve sebab selalu stay up till late night and kengkadang sampai dengar anjing menyalak-nyalak di luar jendela.





17. Pelajari Kaedah Ulangkaji Yang Baru

Mencuba kaedah-kaedah ulangkaji pelajaran yang baru boleh membantu anda menemui bentuk ulangkaji yang sesuai dengan diri anda. Manfaatkan teknologi sepenuhnya untuk menonton siri pendidikan TED Talks atau download aplikasi kamus yang berguna contohnya Merriam Webster.

Kalau tak silap Azie, ada macam-macam jenis study. Tapi mula-mula kena kenali diri anda dahulu sama ada anda orang yang lebih dominan kepada visual, audio atau kinestetik sebab cara ketiga-tiga orang ni tak sama.





18. Gunakan haruman atau gula-gula getah unuk memperkukuhkan daya ingatan

Tips ini mungkin sangat rambang tapi apabila anda semburkan haruman yang familiar ketika mengulangkaji boleh mengembalikan ingatan tersebut apabila anda spray kan bau yang sama betul-betul sebelum exam. Mengunyah gula-gula getah juga turut bertindak dengan kaedah yang sama.

Hmm macam menarik je ni. Nanti Azie nak trylah haha tapi first kena beli perfume lah ni sebab Azie tak pakai perfume haha





19. Belajar Dalam Kumpulan.

Mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan mebantu anda meningkatkan keupayaan belajar. Okay siapa nak join study group dengan Azie untuk sem depan?




20. Bermeditasi (Solat bagi Yang Islam lah)

Kajian menunjukkan meditasi boleh membantu pelajar kekal fokus ketika mengulangkaji pelajaran. Meditasi bukan sahaja membantu anda kekal consentrate semasa mengulangkaji tapi ianya mampu mengurangkan tekanan sebelum peperiksaan.

Yang ni tips yang maha penting tapi tak ramai yang amalkan. Put Allah first. Only then things will fall according to places. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengejarmu.

Markah exam memang penting untuk dijaga tapi sebenarnya lebih penting kita menjaga Dia. Maksudnya, dalam busy nak exam tu jangan lupa untuk buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan laranganNya. Afterall it is He who give us everything including our exam results right?

Jangan kemaruk study sampai melewat-lewatkan solat. Nanti Allah lewat-lewatkan ingatan yang kita perlukan sangat tu daripada muncul masa exam, haa dah keluar dewan peperiksaan barulah dok teringat-ringat jawapan. So study smart okay :)

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Semoga anda memanfaatkan tip-tips ini sebaiknya. Jom klik share to FB supaya lebih ramai yang mendapat manfaat daripada post ini :)




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...