Saya Tak Sakit. Perlukah Saya Ambil Supplement?

June 09, 2017

Hai Assalamualaikum wbt dan selamat datang Azie ucapkan kepada semua pembaca blog missaziemah.blogspot.com dan pada mereka yang mungkin baru pertama kali datang ke blog ini.



Ya inilah dia blog Noor Aziemah. Blog seorang pelajar bidang Dietetik (Nutrisi Makanan) yang mempunyai cita-cita dan impian setinggi langit ke tujuh. Cewahhh... Okay tapi betul tau impian saya tinggi menggunung dan insyaAllah saya sedang dalam proses untuk mencapai impian-impian saya tu.


Kalau nak tahu pasal impian-impian saya tu boleh klik sini


Okay without further a due, lets discuss a topic entitle "Saya Tak Sakit. Perlukah Saya Mengambil Suplemen?


Sebelum itu saya mahu mengajak anda semua untuk berfikir sejenak dan membuat refleksi tentang tubuh badan anda. Anda masih muda? Sihat walafiat? Tak ada sakit apa-apa langsung? Alhamdulillah. Mari panjatkan kesyukuran ke atas Nya :)


Kemudian, saya nak anda cuba renungi sekali lagi adakah anda pasti bahawa anda memang sihat 100%? Sejauh mana kepastian anda itu?






Perkara Paling Basic dalam Tubuh Badan
Manusia (iaitu saya, awak yang sedang baca dan mereka semua disekeliling kita) hidup disebabkan sistem tubuh badan yang beroperasi setiap hari. Dalam badan kita ada pelbagai sistem.


Sistem Pernafasan / Respiratory System
Sistem Peredaran Darah / Cardiovascular System
Sistem Pencernaan / Digestive System
Sistem Perkumuhan / Urinary System
Sistem Peranakan / Reproductive System
Sistem Otot / Muscular System
Sistem Tulang / Skeletal System
Sistem Saraf / Nervous System

dan macam-macam lagi...


Anda mungkin tidak perasan akan kewujudan sistem ini sebab kita jalani hidup sehari hari dengan melihat apa yang ada di luar badan kita saja. Allah dah cipta sistem ni sebaik mungkin dah. Tapi tahukah anda daripada mana datangnya semua tu?


Baiklah kalau anda merupakan pelajar sains mesti anda dah tahu kan? Tapi saya nak explain jugak supaya semua orang mempunyai kefahaman yang sama :)


Sistem terbentuk dari sekumpulan organ yang bekerjasama. Organ terbentuk dari beberapa kumpulan tisu dan tisu terbentuk daripada sekumpulan sel badan.


Sel > Tisu > Organ > Sistem


Bagaimana sistem (contoh sistem pencernaan)  wujud adalah disebabkan adanya organ (perut) dan wujudnya perut disebabkan sekumpulan tisu dan tisu terbentuk daripada sel-sel badan. Maka sel merupakan perkara paling asas, paling basic dan unit terkecil dalam badan kita. 


Boleh bayangkan?







Adakah Anda Sudah Beri Yang Terbaik untuk Sel-Sel Badan?
Jadi sekarang saya nak mengajak anda berfikir sejenak akan kehidupan yang anda sedang lalui ini. Cuba tanya diri sendiri adakah anda makan cukup-cukup mengikut Recommended Nutrient Intake for Malaysia? Adakah anda betul-betul ikut piramid makanan?


Ada tak hari-hari yang anda makan mi segera atau maggie? Berapa kerap?


Adakah anda cukup tidur 8 jam sehari? Adakah anda stres dan apakah tahap stres badan anda?


Adakah makanan yang anda ambil mengandungi kalsium yang cukup diperlukan oleh badan? 

Kalau anda seorang wanita, anda perlu tahu yang semakin anda menginjak usia anda lebih berpotensi untuk mendapat penyakit osteoporosis atau tulang rapuh. Kalau anda berumur 20-50, badan anda perlukan 1000mg kalsium SETIAP HARI. Jadi rasa-rasa cukup ke jumlah kalsium anda setiap hari?


Sedarkah anda bahawa anda terdedah dengan pencemaran alam di sekitar anda. Paling senang pencemaran udara lah. Asap kereta, asap motor, asap rokok, gas-gas yang terdapat di udara sebab penipisan lapisan ozon (contoh). Semua tu anda sedut setiap hari tau. 







Jadi bila semua partikel di udara yang tak baik ni masuk ke dalam tubuh badan anda melalui pernafasan dan musnahkan sel-sel badan anda, bukankah ianya memberi kesan kepada seluruh sistem tersebut?


Kita mungkin boleh dapatkan semua nutrisi daripada sayur tapi sedarkah anda bahawa industri pertanian kini sedang menggunakan racun perosak yang memang bagus untuk halau serangga namun sangat baik juga untuk merosakkan nutrisi dalam tanaman tersebut. Jadi pernahkah anda terfikir bahawa sayur dan buah-buahan anda selama ini mungkin mempuyai kandungan racun/ bahan kimia yang tinggi?


Vitamin C sangat tidak stable dan akan musnah dengan mudah melalui industri pemprosesan dan pembungkusan



Dan cuba refleks atau tengok balik pemakanan anda sendiri. Macam Azie bila observe rakan-rakan dan orang-orang disekitar Azie (students 21 years keatas) punya pemakanan, memang boleh nampak lah betapa banyaknya jumlah kalori dan gula dalam pemakanan mereka. Jadi anda pula bagaimana?


Banyak pula soalan yang Azie tanya anda. Jadi bila benda-benda ni masuk ke dalam badan anda dan merosakkan sel-sel anda, kesannya anda tidak nampak sekarang, tapi anda akan nampak dalam masa 10-20 tahun lagi. Mula-mula dia akan rosakkan sel sikit demi sikit (orang putih panggil inflammation). Lepastu dia rosakkan tisu pulak. Lepas tu organ and lastly sistem badan. In fact, ada jugak remaja yang jatuh sakit walupun mula-mula dia nampak sihat je.


Nak Kata Suplement Lagi Penting la ni???
Azie tak kata suplement lagi penting dan Azie bukan nak tunjuk seolah-olah kita tak perlu makan sayur dan buah. Ambil suplement je dah cukup. No!


Tapi pemakanan dan suplemen, dua-dua sama penting. Dua dua perlu dijaga. Dua-dua perlu dititik beratkan. Sebab walau macam mana hebat sekali pun anda berusaha, anda takkan mampu untuk memenuhi nutrisi yang badan anda perlukan. 


Dan 'nutrient gap' ini yang disebabkan oleh cara hidup dan cara makan anda tu akan membuatkan nutrient tidak sampai ke tubuh badan.


Contoh yang Azie bagi di atas ni baru orang biasa yang muda belia remaja. Macam mana kalau anda sedang merancang untuk pregnant? Macam mana kalau anda akan menopause dalam masa 2-3 tahun lagi? 


Macam mana dengan anda yang ada masalah resdung? Contoh... Macam mana dengan anda yang adalah masalah penat seharian di tempat kerja? Sebab mesti sel-sel anda perlu bekerja lebih masa tu kalau anda tak cukup rehat. Makanya lebih cepat lah anda nampak tua.






Perlu ke Saya Ambil Suplemen?
Vitamin Shaklee bukan bertindak mengganti pemakanan harian anda. Salah tu. Vitamin Shaklee lebih kepada hendak membantu sel tubuh badan untuk lebih sihat dan menampung mana-mana nutrisi yang kurang.

Apabila sel nutrisi cukup, proses normal tubuh badan akan berjalan dengan lancar dan badan lebih kuat untuk melakukan tugas harian atau tugas yang lebih mencabar, contohnya mengandung.


Bila kita tidak mahu mencukupkan nutrisi harian kita dengan pemakanan semata-mata, maka mahu tidak mahu, kita perlu mengambil suplemen.


Dulu pun Azie macam anda juga. Azie rasa kita boleh kekal sihat dengan pemakanan seharian kita. In fact, lecturers Azie pun semua mengatakan kita tidak perlukan supplement. Tapi bila difikirkan semula, Azie dan lecturers Azie, pola pemakanan kami berbeza. Mereka sangat-sangat menjaga pemakanan. Contohnya salah sorang lecturer, dia akan makan mengikut lapar banyak mana.


Kalau dia lapar banyak, dia masak banyak. Kalau dia lapar sikit, dia masak sikit.


Lecturer lagi sorang tu pulak rajin makan buah-buahan, especially pisang. Lepas tu tak makan fast food sekerap students dia nih. Sampai bila dia friends dengan students dia kat instgram, dia terkejut tengok masing-masing punya selera makan. Manhattan fish la, kepci la, McD la, cheese cake, kek hari jadi malam-malam (kan tinggi kandungan gula)


Haha tapi Azie sendiri? Well students kan.... Fast food, instant food, makanan yang tinggi kalori, semua tu menjadi hidangan harian kami. Ituulah yang dihidang di kafe tu. 


Kalau nak makan buah tiap-tiap hari kena beli buah banyak-banyak. Kos pula menjadi penghalang. Maka Azie fikir nak tak nak Azie fikir memang perlu ambil suplemen juga. 






Dan sebab itu Azie sedang amalkan set basci wellness yang ada Multivitamin (semua mineral ada dalam ni), B Complex (semua vitamin B daripada B1 - B12 ada) dan Vitamin C untuk menjaga kesihatan badan. Ni set yang paling asas la untuk jaga kesihatan. 


Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah melalui asbab Shaklee, Azie makin sihat dan cergas untuk menjalani hari-hari yang sukar sebagai seorang students. 


Jadi berbalik kepada fokus utama kita, Saya Tak Sakit. Perlukah Saya Ambil Suplement? Jawapannya terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya iman. Kerana anda lebih kenal diri anda, tubuh badan anda pemakanan anda dan lifestyle anda. Jadi berikan apa yang ia perlu ye :)





Jika anda rasa post Azie ni ada manfaatnya, boleh tekan button share dekat FB ye. Semoga lebih ramai orang yang mendapat manfaat daripada post Azie ini. Terima kasih :)




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

6 comments

  1. wahhh.. pakar nutrisi makanan... hebat...

    ReplyDelete
  2. Menarik, best, jelas, tak terlalu formal dan mesra gitu ������ Hope blog Azie ni akan berkembang dengan jayanyaaa hehe :) kalau nak lagi menarik maybe boleh tukar template or design blog ni jadi lagi colourful, just my 20 cents hehe goodluck azie! ��

    ReplyDelete
  3. Peh sekali nama penuh keluar hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. nice azie. harapan saya seperti harapan nisha. kalau ikutkan blog lama azie lagi attractive kut, tapi isi blog ni dah nice. keep it up!

    ReplyDelete
  5. Wow best la azie. Isi yang azie cuba jelaskan sangat menarik. Keep it up and keep going , Azie !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...