Post-Pathology Exam Update

November 02, 2017

This past few weeks have been quite tough for me.


Sebenarnya takde lah tough mana pun haha. Cumanya sebab hari jumaat ni (which is hari ni) ada mid semester exam Pathology. And masa cuti midsem haritu tak study langsung sebab seminggu belajar talaqi di Pondok Baitussaadah. So masa balik daripada cuti baru nak catch up study.

Memang dua minggu ni aimed nak focus kat exam pathology je. Walaupun takdelah all out sangat pun, I tried to give my best and my all for this midterm exam. Antaranya:

Tak join IKOD sangat sebab nak luangkan masa weekend untuk study. Itupun few days sebelum IKOD decide nak pergi fruit fiesta sebab roomates ku beria-ria ajak. Wani, Naz dan Mira memang dah beli ticket awal-awal haritu so dia orang memang dah confirm pergi. Saya ni yang agak pemalas sikit when it comes to activities yang memerlukan untuk keluar bilik hahaha, dah last minit baru decide nak walk in je.

Berbalik kepada cerita tadi, weekend lepas tak buat apa-apa selain duduk bilik and (try hard to) study. Kemudian, setiap malam try tidur awal not later than 11pm sebab nak bangun awal. Masa monday to tak menadi jugak sebab bangun tutup alarm dan tidur balik. Alasannya sebab cinch tea kesayangan habis and belum beli lagi. so nak study pagi-pagi tu tak bersemangat bila badan lembik dan mengantuk.

So pagi isnin tu sebelum class pathology start, serang heroes cafe dulu untuk beli air Wonda Coffee perisa Mocha sebab saya tak boleh minum jenama Nescaffe dah sekarang. Actually dulu pun tak boleh tapi sebab dulu tak ada Wonda Coffee kan. Eh ini bukan iklan berbayar! Haha tapi serious talk, my current favourite coffee to keep me stay awake adalah air Wonda Coffee perisa Mocha sekiranya Cinch Tea dah habis.

Pagi tu beli 3 tin Wonda Coffee. Persediaan untuk minggu exam kononnya. Setiap hari bangun awal sikit dalam 4am, minum coffee and study. Kalau dapat buat macam tu pagi-pagi memang rasa semacam satu achievement hahaha

Another thing is that dalam class memang saya try hard to focus. Kalau daripada week 2 dulu, masa tu ada cinch tea so tetiap pagi before class minum cinch sebab nak stay awake. Bila dapat focus and jot down apa lecturer cakap tu dah rasa macm woah boleh score exam ni boleh score...

Jadi pagi ni datang exam dengan a little bit confidence and high expectation. Iaitu expect yang mesti boleh jawab punya soalan exam ni, insyaAllah at least dapatlah 15 marks kot (sebab midterm 20% carry marks for final). Memang pagi tadi punya yakin boleh jawab. Exam pun cuma true false je untuk setiap soalan. Sekali dah bukak kertas exam dah try jawab, lepas 30 minit dah rasa apa benda yang aku belajar selama ni???

Kenapa aku tak tau apa-apa? Kenapa tak ada soalan pun yang aku boleh jawab dengan yakin?

Masa dah habis jawab exam while waiting for the masa menjawab menjadi tamat, memang rasa macam nak marah tapi tak tau nak marah dengan sesiapa. Rasa macam Ya Allah kenapa rasa macam bodoh sangat ni T_T Kat dewan exam tu jugak rasa nak nangis tapi tak menangis lah. Rasa nak nangis jeee

Saya bukannya tak boleh jawab langsung cuma tak boleh jawab dengan yakin. Rasa macam cell otak tak function. Rasa macam tak habis belajar lagi padahal dah baca semua dah (of course lah tak ingat). Ditambah pulak rasa lapar lagi lah rasa macam cepatlah habis masa mnjawab T_T

Tapi hidup tak selalunya indah kan but apa-apa pun kenalah bertawakal kepada Allah lepas dah buat sehabis baik. Masa keluar exam tu cakap dalam hati.

"Ya Allah, apa-apa pun yang terjadi adalah atas kehendakMu. Kalau dapat jawab tapi Kau tidak mengkehendaki aku untuk score exam ni pun aku redha Ya Allah. After all, Kau lah yang paling berkuasa atas setiap sesuatu. Maka kertas exam ini aku serahkan kepadaMu saja Ya Allah"

I guess at the end of the day, kalau study hard macam mana pun akan bergantung dengan kehendak Allah jugak. Yang penting I have did my best that I could. Kalau tak buat betul-betul tu lain cerita lah kan. Ni rasa cam dah be the best dah so kalau tak dapat score pun takpelah at least dapat gak pahala berusaha. So Azie pun berazam untuk bertawakal dan berbaik sangka kepada Allah je.

After all, ni semua sementara je kan. Kalau dapat score exam tak semestinya dapat score soalan kubur kan?

#DoneTarbiahSentapDiriSendiri




You Might Also Like

1 comments

  1. have a nice day girl...
    mrs pip dtg melawat. all the best dgn exam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...