Program Pondok Cuti Universiti di Baitul Itqan Gombak

August 20, 2017

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, Azie diberi kesempatan oleh Allah untuk join satu program yang diberi nama sebagai Pondok Cuti Universiti atau nama pendek dia PCU. Semuanya bermula bila kak Fadhlin post iklan ni dekat group whatsapp nucleus Faciteam, and Azie pun tak ada buat apa-apa kan cuti ni. Kerja pun tak. So lepas baca je whatsapp mesej ni terus decide untuk nak join.






Mula-mula ada nombor ni yang whatsapp Azie dalam seminggu sebelum start program, tanya nak confirmkan kehadiran Azie. Azie choose to be in the second intake. So dia kata pendaftaran starts at 10 am camtu. Azie namakan akak ni Kak Asilah la ye sebab memang nama dia Asilah pun hahah

Memandangkan cuti ni Azie duduk rumah Pak Cik dekat Temerloh, so Sabtu 6 Ogos tu baru Azie balik KL and Ahad tu pagi pagi lagi dah naik LRT supaya boleh sampai kat KL sentral sebelum pukul 9am sebab nak naik KTM ke stesen Batu Caves. Dekat sana kak Fadhlin akan ambil Azie dan Azie tumpangkan dia ke Baitul Itqan tuh.

Biasalah lah bila tak pandai drive lagi ni kena pandai-pandai lah hidup kalau nak kemana-mana. Nasib baik kak Fadhlin sangat bermurah hati nak ambil Azie kat KTM Batu Caves. Kalau tak, tak sampai lah Azie kat PCU ni.

Okay berbalik kepada cerita, masa sampai tu, Allah nak uji kami agaknya. Tak tahu lah kenapa, ditakdirkan Allah, kak Asilah kata ada masalah sikit iaitu pintu terkunci daripada dalam. Oh ni dia whatsapp je la dulu. And dia cakap kena tunggu ustaz sampai baru boleh masuk. Ustaz nya pulak daripada Banting. so dalam sejam lebih lagi kot baru sampai.

Kami (Azie dan Kak Fadh) macam dahh, nak buat apa selama satu jam ni. Mula-mula kami makan jap kat kedai yang berdekatan. Pastu dah habis makan, still ustaz tak sampai-sampai lagi. Lepak jap dalam kereta adik Kak Fadh. Lamaa kami tunggu ustaz tu nak sampai. Ye lah daripada Banting nak ke Gombak kan dalam sejam lebih kan.

Ada sorang kawan kami yang sepatutnya join pun dah balik ke rumah sebab ayah dia risau anak dia tak masuk-masuk lagi. Kami pun faham sebab kami berdua pun rasa macam nak give up dah masa tuh hahah. Syaitan macam makin bisik kat telinga, balik je lah Aziemah.

Tapi satu je Azie fikir, pagi ni aku dah travel jauh-jauh (lol daripada PJ je pun) keluar rumah awal pagi untuk naik LRT pastu naik ktm dah sampai Gombak which is baru kali kedua jejak kaki kat sini, takkan lah tak boleh tunggu kan. Tunggu je. Bukannya kena buat apa-apa pun.

So Azie pun tunggu lah kat situ (bersama Kak Fadh) and finally dalam pukul 12pm camtu baru ustaz sampai. Tapi rupa-rupanya ustaz pun tak bawak kunci hahahaha. Miscomm betul dia orang ni. Tapi last-last dapat masuk jugak sebab dekat area tu kan ada mekanik, macam mana tah ustaz tu buat sampai boleh bukak kunci tu.

Itulah kenangan nak datang belajar kat Baitul Itqan atau BI. Kalau teringat balik sekarang rasa nak tergelak pulak. Masa nak balik dah haritu pun kami sakat kak Asilah kata jangan kunci pintu pastu lupa kunci kat dalam pulak for the next intake tu. Tak pepasal sejarah berulag semula.

So anyway, masa dah masuk dalam BI, rupanya dia adalah sebuah rumah kedai tingkat dua yang dah di ubah menjadi tempat berkumpul untuk belajar Ilmu Fardhu Ain, belajar mengaji dan kadang-kadang ada ceramah. Dalam tu lah bilik penginapan pelajar, ada dapur untuk memasak dan tempat belajar.








Forgive me for my bad camera quality. Kami belajar kat bawah, nampak tak yang rehal kat tepi-tepi tu? Tu lah meja kami. Kalau tak belajar, kami ketepikan, Masa ustaz dah sampai, kami bawa ke tengah, so semua duduk macam bentuk semi circle.

Konsep pembelajaran dia macam sekolah pondok which is ada kitab dan ada guru yang dapat ilmu pun secara bertalaqi daripada guru dia orang yang belajar bertalaqi dari para ulamak. So memang bersanad daripada Rasulullah lah ilmu yang kami pelajari ni.

Azie belajar ilmu Fardhu Ain kat sini and under Fardhu Ain macam-macam yang Azie belajar iaitu ilmu aqidah, fekah dan tasawuf. Sekali pandang macam yang kita belajar kat sekolah agama masa darjah satu sampai darjah enam dulu. Tapi bila dua tiga kali pandang, pelajari dan telusuri, rupanya banyak lagi yang kita tak belajar masa kecik-kecik dulu.

Ye lah, masa kecik dulu belajar yang untuk silibus sampai darjah enam je lah kan. Kalau nak dihadam everything masa sekolah agama memang tak sesuai lah dengan umur masa tu. Kak Asilah cakap sebab tu lah semua orang kena belajar Ilmu Fardhu Ain sebab yang kita belajar masa kecik-kcik dulu tu tak detail pun. Walhal Ilmu Fardhu Ain wajib dipelajari oleh setiap Muslim yang Mukallaf, lebih-lebih lagi ilmu aqidah iaitu ilmu mengenal Allah melalui sifat-sifatnya.

Kata Imam Ghazali

     "Tidak sah ibadah melainkan selepas mengenal Allah"

Alhamdulillah Allah gerakkan hati Azie untuk belajar macam-macam di sini. Anda pun jika mendapat peluang atau terlihat iklan-iklan pasal belajar pondok atau talaqi atau ilmu fardhu ain, rebutlah peluang tu. InsyaAllah kita akan lebih kenal Pencipta kita.

Ustaz yang ajar kami kata, ramai students bila cuti dia plan nak kerja, plan nak pergi bercuti, plan nak buat itu ini, tapi tak ada pun yang plan nak pergi belajar fardhu ain. Ramai yang pergi belajar ilmu fardhu ain masa ada masa lapang tapi bukan lapangkan masa untuk belajar ilmu fardhu ain.

Masa ustaz tu cakap kat depan, Azie terasa macam wow sentapnya tuh di sini!

Okay apart from that, banyak kenangan yang Azie dapat kat sini. Antaranya masak untuk students lain. Sepatutnya students kena masak nasi je, kak Asilah akan beli lauk untuk kami. Tapi tak tau lah kenapa dah tertukar sistem dia (sebab masa petang first day tu, Azie tanya kak Asilah boleh tak nak masak cekodok. Tetiba masa tengah belajar tu dok terbayang-bayang cekodok yang selalu makan kat rumah. Lepas tu sampai ke sudah kak Asilah akan assign kami je untuk masak). 




Kami masak untuk breakfast dan waktu siang, malam kak Asilah beli lauk. Kadang-kadang kami masak untuk malam jugak, kak Asilah beli lauk waktu siang. Kadang-kadang seharian tu kami masak je bersama-sama among students sebab Kak Asilah nak mengajar students lain (kids belajar mengaji, invidual students yang bukan program PCU). Well she is one of the ustazah also actually.

Masa mula-mula sampai tu tanya kat Kak Asilah macam-macam, sebab masa tu Azie dan Kak Fadhlin were curious about this place, lagipun masa mula-mula tu kami berdua je yang datang pagi. Yang lain-lain macam petang baru datang.

So daripada cerita dia, kami dapat tahu kak Asilah tu sebenarnya pelajar UIA Gombak. Infact semua ustaz yang mengajar kat Baitul Itqan tu pun UIA Gombak jugak. Kak Asilah buat practikal kat situ sebab sebelum ni dia dah belajar dan mengajar kat situ, so alang-alang kena buat praktikal, dia buatlah kat situ. Oh dia ambil course Al Quran & Sunnah kat UIA Gombak.

Kak Asilah (and the other ustazs & ustazah) sebenarnya umur dalam lingkungan 23 tahun je, lebih kurang umur kami berdua, tapi sebab dia orang yang terlebih dahulu berguru dan belajar ilmu Fardhu Ain, itu yang membezakan mereka dan kami yang baru nak belajar ni. Tapi apa-apa pun Azie salute lah dengan dia orang ni. Mereka mengabdikan diri untuk mengajar Fardhu Ain. Ye lah macam Kak Asilah, dia bukannya dapat gaji pun.

Kami belajar di PCU ni pun bayar RM75 sahaja seminggu, sekadar untuk bayar bil elektrik kat situ (sebab guna aircond kan, so mahal lah bil elektrik). Makan lagi, tempat tidur disediakan. Pelajar pun tak sampai 10 orang. Belajar daripada ustaz selama seminggu. Bukan sorang dua ustaz je kami berguru, lebih dari lima orang kami jumpa and berguru, tapi masing-masing ilmu yang sama iaitu ilmu Fardhu Ain.

Pengalaman yang Azie belajar kat sini, takkan sama dengan setiap program yang Azie pergi. Ilmu dan kenangan yang Azie dapat kat sini takkan sama dengan mana-mana program sekolah yang Azie pergi dan jadi faci, takkan sama dengan OAMP, takkan sama dengan program Sabah, atau mana-mana program atau talk atau usrah yang Azie pergi. Sebab semua tu hanya surface sahaja, ibaratnya hati kita ini kita sentuh surface2 sahaja selama ni, dan bila Azie belajar di Pondok Cuti Univeristi ni, ibaratnya sehingga ke dasar hati disentuh sebab kita belajar pasal aqidah, fekah dan tasawuf.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Ini mungkin kali pertama Azie belajar ala-ala sekolah pondok, tapi InsyaAllah ini bukan kali terakhir Azie belajar macam ni. Lepas ni Azie akan cuba jugak lapangkan masa untuk belajar Fardhu Ain lagi. Dan Azie seru semua orang yang baca blog Azie untuk pergi belajar ilmu Fardhu Ain di mana saja anda berada. Sebab macam Imam Ghazali cakap, tak sah ibadah kalau tak kenal Allah. Takut-takut selama ni kita fikir Allah macam ni macam tu, jadi ibadah kita bukan untuk Allah tapi untuk benda yang kita bayangkan itu. Nauzubillah.

Semoga kita terpelihara daripada fikiran dan bayangan yang memungkinkan kita terjatuh dalam kekufuran tanpa kita sdar kerana jahil tentangnya. Semoga ibadah kita selama hayat kita hidup ini betul yang sebenar-benarnya dah terima oleh Nya. Amin.





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...